no words..can I say..
just pray...
moga Allah perteguhkan hati ini serta yakin akan pilihan ini....
pilihkan aku pilihan yg terbaik ya Allah..-_-
don't leave me alone..Allah Ya Allah Guide me all the way to ur Jannah..
need u..love u...(my love Allah)
"Tiga perkara yg sesiapa memilikinya, maka dia memporelehi kemanisan iman. Allah dan Rasul-Nya lebih dikasihi olehnya daripada selain keduanya....dan tidak mengasihi seseorang melainkan krn Allah,dan dia benci utk kembali kekufuran sebagaimana dia di benci utk dilontarkan ke dalam api" [Riwayat al-Bukhari]
tarbiyah & dakwah....
"Tarbiyah bukanlah segala-galanya..tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah"
(Yusuf Al-Qadrawi)
Wednesday, September 5, 2012
Tuesday, August 7, 2012
Travelog Ramadhan
Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerana kita hari ini masih lagi diberikan peluang untuk terus dan berusaha menjadi hamba Allah yang Rabbani (penisbatan diri dan kuatnya hubungan seorang hamba dengan Allah)
selesai sudah program 3R "Remaja Raikan Ramadhan" buat kali ke-2 yang dianjurkan oleh adinda2 KPMB..buat kali pertama kalian bergerak sendirinya Alhmdulillah berkat doa,tawakal dan keikhlasan Allah permudahkan segala urusan sepanjang program, walaupun terdapat sedikit kekuranggan dalam menjalankan program..apa2 pun tu semua pengalaman n softskill...
jutaan terima kasih juga buat Family OC..yang sudi mengembling tenaga dalam menjayakan program, penatnyer memasak dari pagi sampai ke petang..Masyallah hebat sangat kalian..
“Seorang mukmin yang memberi makan mukmin yang lapar, kelak Allah akan memberi makan kepadanya daripada buah-buahan syurga, dan barang siapa yang memberi minum seorang mukmin, maka kelak Allah akan memberi air minum dari syurga” (Hadis Tirmidzi)
“Barangsiapa yang memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang seperti orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun.”
(Hadis Tirmidzi, Ahmad & An-Nasa’i)
diskusi perjalanan dari perlis-kajang bersama sahabat2...
selesai sudah program 3R "Remaja Raikan Ramadhan" buat kali ke-2 yang dianjurkan oleh adinda2 KPMB..buat kali pertama kalian bergerak sendirinya Alhmdulillah berkat doa,tawakal dan keikhlasan Allah permudahkan segala urusan sepanjang program, walaupun terdapat sedikit kekuranggan dalam menjalankan program..apa2 pun tu semua pengalaman n softskill...
jutaan terima kasih juga buat Family OC..yang sudi mengembling tenaga dalam menjayakan program, penatnyer memasak dari pagi sampai ke petang..Masyallah hebat sangat kalian..
“Seorang mukmin yang memberi makan mukmin yang lapar, kelak Allah akan memberi makan kepadanya daripada buah-buahan syurga, dan barang siapa yang memberi minum seorang mukmin, maka kelak Allah akan memberi air minum dari syurga” (Hadis Tirmidzi)
“Barangsiapa yang memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang seperti orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun.”
(Hadis Tirmidzi, Ahmad & An-Nasa’i)
Program bermula dengan aktiviti pendaftaran dan taklimat serta pengenalan fasilitator, dan disertai dengan aktiviti tadarus al-quran bersama dengan fasilitator.
slot KAU dan aku Ramadhan..
telah diketuai semua fasilitator sahabat..
perkongsian yang amat menarik...madrasah Ramadhan yang hadir mengajar kita untuk berusaha menjadi hamba Allah yang bertaqwa...seperti yang diceritakan oleh Ubai Bin Ka'ab kepada Umar Al-khattab
"Apa itu taqwa?" tanya Umar al-Khattab kepada Ubai bin Ka'ab Radhiyallahu 'anhuma.
"Pernah kamu susuri jalan yang penuh duri?" balas Ubai dengan suatu pertanyaan yang menduga.
"Pernah saja," jawab Umar.
"Apa yang kamu lakukan?" pintas Ubai.
"Aku angkat sedikit pakaianku, dan melangkah dengan hati-hati," jawab Umar lagi.
"Itulah taqwa!" simpul Ubai bin Ka'ab terhadap soalan Umar al-Khattab tentang taqwa.
begitulah dalam kehidupan dunia kita ini....cabaran dan ujian dunia haruslah kita tempuhi dengan hati-hati agar iman kita tidak tercalar akibat dek duri dunia...
dan kenapa Ramadhan sering dikaitkan dengan Taqwa...
sebab bulan Ramadhan ialah bulan yang telah dilipat-lipat gandakan ganjaran pahala serta melatih kita untuk konsisten dalam beramal dan semua ini melahirkan Taqwa kepada Allah..
di Samping itu, kami turut diingatkan agar tidak menjadi hamba Ramadhani..tetapi jadilah Hamba Rabbani...n jangan lupa habiskan duit time bulan Ramadhan..(banyakkan b'sedeqqah) ^__^
dan jangan lupa..jangan bazirkan makanan..if kita bazirkan makanan, ini seolah-olah seperti kita mengejek saudara2 kita di somalia..Masyallah..(*_*)
diskusi perjalanan dari perlis-kajang bersama sahabat2...
apa bezanya orang2 beriman dengan orang2 bertaqwa??
....orang beriman ini dipanggil bila mana, kalimah syahadah itu disebut maka jadilah dia seorang muslim..namun begitu dalam mehnah kehidupan hari ni, kita tetap di panggil dalam al-quran.."ya ayyuhal mu'minun.." walaupun secetek mana pun iman..Allah tetap memanggil kita dengan pangkat yang tinggi..Masyallah tingginya sayang dan cinta Allah pada kita...
dan bagaimana pula orang2 b'TAQWA??
kita semua orang beriman, tapi yang membezakan kita semua dihadapan Allah kelak ialah TAQWA...sejauh mana ukuran taqwa kita dihadapan Allah, hanya kita dan Allah saja yand dapat dirasai..yang mana bila seorang muslim itu always beware apa sahaja yang dia buat coz dia tau Allah sentiasa memerhati dan mengetahui setiap gerak-gerinya (Muraqabatullah)
dan kenapa mesti dikaitkan dengan RAMADHAN...
sebab Ramadhan ialah bulan gandaan pahala...yang mana melatih kita menjadi hamba yang sentiasa berlumba-lumba membuat kebaikan dan berusaha mendekatkan diri kepadaNya..ini sumuanya jalan-jalan untuk mendapat Taqwa...melatih kita menCINTAi Allah dan mensyukuri segala nkmatNya..
kata Imam Al-Maududi: tidak pernah sekalipun Allah memaksa kita untuk mengakui bahawa nikmat yang dirasai hari ini datang dariNya..tetapi Allah menunggu kita mengakui dan sedar akan setiap nikmat yang kita rasai adalah milikNYa...
Masyallah sahabat2...sayangnya Allah pada pendosa..nikmat yang diberi tanpa putus ini sentiasa dikurniakan untuk menyedarkan kita bahawa tiada satu pun di dunia ini milik kita..
sepanjang perjalanan kami menaiki bas ETIQA beserta doa,banyak yang kami berempat kongsikan...huhu..semua b'kongsi takut nak jadi fasi esk utk program 3R...heheh...sampai ja KPMB bila dah jumpa adik2 di KPMB, bukan main rancak dan mesra lagi tu..
usai kami berprogram di bumi Beranang..
perjalanan kami diteruskan ke destinasi seterusnya..ke Kem BUMI Jati, Shah Alam..
Subhhanallah...syukur sangat terasa sangat Allah memanggil dan menjemput untuk menghadiri majlis ilmu ini..program berlangsung selama 5 hari, dari hari Sabtu-Rabu..tapi kami join hari Ahad-Isnin ja..walaupun kejap..input yang dicatat hampir memenuhi 1 buku...so lain kali bawak extra book ok..hheheh
sedikit yang dapat dikongsikan,
petikan dari salah seorang ulama': sahabat-sahabat nabi itu umpama bintang-bintang di langit, petiklan salah satu untuk dijadikan idol hidup dalam kehidupan seorang muslim.
berbalik dalam kehidupan sirah, rangka perjalanan mereka terlalu hebat..mereka diuji dengan kepayahan dalam menegakkan iman dan aqidah...banyak contoh sahabat nabi yang dapat kita contohi..seperti perjalanan hidup seorang pemuda yang bernama Mus'ab Bin Umair, pemuda bangsawan yang kacak telah meniggalkan segala kekayaan demi memiliki iman dan aqidah, sehinggakan kain untuk menutupi jenazah beliau tidak mencukupi..
serta banyak lagi yang dapat kita contohi..sekiranya kita mula mencintai untuk membaca sirah..
perjalanan kami bakal berakhir..dengan perjlanan kami dari Shah alam- Kangar, jazakillahkhair pada adinda wani yang hantar ktorg ke stesen bas. Walaupun begitu,perkongsian kami tidak pernah berhenti..perkongsian diteruskan sehingga kami terlena dibuai mimpi..
Subhanallah nikmatnya berukhuwah..
moga Allah kekalkan ukhuwah ini hingga ke syurga..
jutaan terima kasih dan jazakumullahkhair buat family OC, Kamsis serta fasilitator sahabat/sahibah
moga segala usaha kita bersama dikira sebagai pemberat mizan kelak..
Wallahu'alam...
Travelog Sabah bakal menyusul...Fatimah,Fairuz,Jalillah....or others sahibah nk join skali? ^_^
Friday, June 15, 2012
Jom jadi Hero.....
Ingat lagi x..sejarah form1,2,3,4,5...kali ni sume topik dari form 1-5 digabungkan menjadi satu = pengajian Malaysia..heheh ingatkan dah habis belajar sejarah dan x perlu nak menghadap sejarah lagi..alih2 kena amik subjek Pengajian Malaysia..eheh redha2...sejarah mengajar kita supaya pelajari semangat perjuangan serta kesilapan Orang Melayu pada masa lalu..
u know pasal Melaka mula jatuh ke tangan penjajah...yang mana ketika itu Melaka di perintah oleh Sultan Mahmud Shah dan kematian Tun Perak juga mengugat pemerintahan ketika itu..fitnah mula tersebar, kenaikan cukai makin tinggi, pepercahan rakyat jelata..
heheh...bukan nak suruh belajar sejarah hari ni ^_^...
tapi saje nak flashback, melihat bagaimana penjajahan barat mula bertapak di tanah melayu..
bermula dengan peperangan hinggalah hari ni..kita masih lagi dijajah...dijajah dengan pemikiran, walaupun hampir 55 tahun Malaysia Merdeka..
kita merdeka hanya sekadar fizikal sahaja tetapi pemikiran kita masih dikuasai oleh mereka...
jom kita buka minda bersama...

lihat sekeliling masyarakat kita dan juga diri kita..
kita merupakan mangsa jajahan fikiran, mungkin kita tidak terluka berdarah seperti pejuang Tanah Melayu dahulu; Dato Maharajalela, Dol Mad Said....
tetapi fikiran kita sudah dicincang halus tanpa kita sedari..
Seburuk-buruk kesan yang kita terima dari serangan penjajahan barat ini ialah jatuhnya kita ke dalam lembah kehinaan yang amat ketara dari sudut kelemahan fikiran, keruntuhan moral dan peniruan kebudayaan barat.
see.........inilah kita hari ini!!
kita telah disuap dengan taktik kotor musuh,
1) Merombak sistem pelajaran dan pendidikan.
2)Menukar dan menghapus bahasa tempatan umat Islam dengan mengunakan cara yang halus.
3) Membentuk angkatan baru yang buta (jahil) Islam.Mereka ini jahil tentang asas utama akidah, syariat,sejarah Islam yang agung dan tamaddun mereka yang hebat.Cara-cara berfikir dan pandangan mereka terhadap perilaku sesuatu itu mengikut kacamata materialisma barat.
kita telah diperkenalkan pelbagai Model-model yang cantik, yang kononnya elok di mata kita..
MENIRU GAYA HIDUP BUKAN ISLAM
1) Mereka menganggap bahawa bahasa sendiri adalah satu keaiban sementara bercakap dalam bahasa penjajah satu kebanggaan bagi mereka.
Ada pula orang-orang Islam yang merasa bangga kerana mereka menyeleweng dari landasan Islam; disebabkan kebutaan mereka terhadap hukum-hukumnya.
2) Meniru pakaian dan fesyen penjajah. Sedangkan penjajah tidak pernah suka memakai pakaian orang-orang Islam.
3) Meniru cara makan atau minum dan adat istiadat penjajah dalam semua aspek – kecil dan besar serta merpertahankan cara hidup barat dan mengikut semua peninggalan mereka.
Hari ini juga telah berlaku...
TEKNIK MENGANGKAT TARAF ORANG YANG JAHIL TENTANG ISLAM
-Diberikan kedudukan yang tinggi dalam masyarakat,jawatan di pejabat rasmi pentadbiran samada sebagai pegawai awam atau tentera.
-Mereka mendapat keistimewaan dalam lapangan politik dan sosial.
-Kemudian mereka inilah yang menjadi pelopor gerakan politik dan mereka jugalah dipilih sebagai wakil ke parlimen.
-Apabila negara-negara Islam mencapai kemerdekaan,ketika itu jadilah mereka sebagai pengganti penjajah di bumi ummat Islam.
pernah tau tak citer pasal Raja Richad... ketika peristiwa Sollahuddin Al-Ayyubi menawan Baitul Maqdis..
Raja Richard telah ditawan oleh tentera islam..dan masih diberi layanan yang baik,
dan setelah Raja Richard dibebaskan, dia menceritakan pengalaman beliau kepada kenalan sekelilingnya..
Raja Richard:
"Mereka mempunyai pemuda-pemudi yang kuat agamanya, mereka juga mempunyai akhlak yang sangat baik..
saya diberi layanan yang sangat baik.."
kata Raja Richard..susah untuk kita kalahkan Islam jika mereka mempunyai pemuda-pemudi yang kuat pada agamanya, dan mempunyai akhlak yang baik..
hasil dari segala pakatan, maka mereka memutuskan untuk mencipta serangan melalui pemikiran..
[history dia lebih kurang macam tu]
maka inilah kita hari ini yang makin jauh dengan Islam..
sedarlah wahai mangsa penjajah...kita masih lagi terikat sistem jajahan,dirosak dengan pelbagai ideologi..
let's come up together!!! dekatkanlah diri kita kembali kepada agama, letakkan kembali cinta Allah yang utama...kita mungkin tak boleh nak membantu saudara kita di Palestin,Syria,Myanmar dan negara-negara islam yang lain secara fizikal..tapi kita boleh mulakan dengan update diri kita dengan access system Islam dalam diri kita..buang virus2 jahiliyah..
kalo boleh promote system yang mana lagi the best..untuk accese system cepat cikit..starting with Allah always..oceh!!!
jom!!! jadi Hero Islam
Hasil rujukan dari :Tanggungjawab Pemuda Islam Hari ini- Abul A’la Al-Maududi
actually banyak lagi yang dikupas..tapi saya cter ckit ja..if nak infm lebih lagi..tenggok rujukan di atas..^_^
maaf jika terdapat sebarang kesalahan dan kekurangan...asif jiddan
Wallahu'alam..
Return to Progress..
Wednesday, June 13, 2012
Walimatulurus....
heheh..tajuk Walimatulurus ini berat...
Fasa 3: perkahwinan sudah 15–20 tahun.
bukanlah bertujuan untuk invite pembaca ke walimatulurus saya..hehe yang pasti lambat lagi, hm..lambat dengan perkiraan masa,hari,bulan dan tahun..heheh^_^
actually..ramai sahabat2 saya yang akan walimah..buat masa ni hampir 6 orang..bt the way yang lain coming soon..tengah tunggu turn sape plak lepas ni..
bila cakap pasal kahwen ni...takut sangat..takut tak bahgia..takut bila jadi macam masyarakat sekarang..dipukul,tidak diberi nafkah n macam-macamlah..huhu
sapelah aku nak menentukan bahgia @ tidak..
bukankah bahgia ni milik Allah...
ingat senang nak kahwen??..just look it pasangan kita tu handsome@cantik ke tak??cukup agama x??pandai masak?mengemas?? sume tu bukan pakej yang lengkap lagi...
first..
bermula dengan diri sendiri..kerana corak pasangan kita mungkin berdasarkan personaliti diri kita
Firmannya:
"Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."
[surah An-nur:26]
Teringat plak time kupasan Maza ya'ni Anutil Islam(apa ertinya saya menganut islam) bersama Sir Naser time form 5 dulu..
tajuk Muslim dari segi Keluarga..terdapat 3 isi dari tajuk tu,
1) Tanggungjawab sebelum berkahwin
2) Tanggungjawab sesudah berkahwin
3) Tanggungjawab bersama mendidik anak-anak
dan setiap perkahwinan akan melalui 3 fasa
Fasa 1: pada usia perkahwinan di bawah 5 tahun.
Fasa 2: ketika melepasi 5 tahun menghampiri 9 tahun.Fasa 3: perkahwinan sudah 15–20 tahun.
ketika fasa ini banyak yang tumpas dan bercerai berai..
fasa1:honeymoon, masih lagi hangat dalam bercinta..
fasa2: Masing-masing sudah mula mengenali baik,buruk..time ni la sume pasangan suami isteri perlu menerima kekurangan masing-masing serta memperbaikinya..
fasa3: umur meningkat tua,ajal semakin hampir hidup saling memerlukan akan kembali pulih..
P/s:kalo ada yang silap mohon teguran ya!!..
banyak faktor sekeliling yang mempengaruhi penceraian..jadi hopefully dengan faktor-faktor ni dapat kita elakkan xkisahla yang membaca ni dah berkahwin mahupun tidak yang penting mencegah lebih baik daripada merawat..
dalam pandangan Psikofitrah ada 7 penyebab kehancuran keluarga. Kehancuran keluarga ditengah masyarakat berarti juga kehancuran satu bangsa sebab keluarga adalah cermin dari satu bangsa :
1. Akidah yang keliru atau sesat..that's why pentingnye kefahaman aqidah yang jelas mempengaruhi kehidupan kita sebagai seorang muslim, bila x jelas aqidah tu yang mula nak guna tok bomoh,ayat pengasih n so on..Nauzubillah!!
2. Makanan yang tidak halalan thayyiba. Menurut hadis Nabi, sepotong daging dalam tubuh manusia yang berasal dari makanan haram, cenderung mendorong pada perbuatan yang haram juga (qith`at al lahmi min al haram ahaqqu ila an nar). Sumber pendapatan,mahupun sumber makanan yang dibeli..ingat elakkan syubhah..
3.Kemewahan,Menurut al Qur’an, kehancuran suatu bangsa dimulai dengan kecenderungan hidup mewah, mutrafin (Q/17:16), sebaliknya kesederhanaan akan menjadi benteng kebenaran.
4. Pergaulan yang tidak terjaga kesopanannya. That's why seorang isteri/suami kena elakkan berdua-duan dengan yang bukan muhrim..walaupun dengan urusan kerja..but u must remind..Syaitan sentiasa mengawasi dan mengambil kesempatan untuk menyesatkan kita..
6. Akhlak yang rendah. Bila kita sukar mengawal emosi..sumenyer akan berpandukan nafsu..dan ketika ini ramai yang kalah ketika diuji, ada yang menjadi mangsa pukul dan sebagainya..
7. Jauh dari agama. Agama dalah tuntunan hidup...hidup tanpa solat,quran dan ibadah asas yang lain..hidup kita takkan berkat..senang macam mana pun mesti kita akan rasa kehilangan iaitu kehilangan ketenangan..coz Allah tak redha...
mohon maaf seandainya terdapat kesilapan..moga dengan sedikit sebanyak perkongsian ini mampu memberi persediaan kepada diri kita untuk diuji satu masa kelak..fot those yang tak kahwin lagi..ingat!! it's not joking..but it's seriously..persediaan Baitul Muslim perlu digilap..walaupun 3@5@10 tahun lagi nak kahwen..walaupun lambat lagi nak kahwen, preparation kena bermula sekarang..banyakkan membaca ok??^_^
Wallahu'alam..
Return to Progress
Sunday, June 10, 2012
Relax..weekend

Alhamdulillah...hilang kejap penat bersama IKRAM junior Sg.Petani..terisi ckit cuti hujung minggu bersama program, program bermula hari khamis bersamaan 8-10 jun 2012, D'omland challet Sg.Petani..perjalanan dari perlis mungkin mengambil masa dalam 1jam 45 minit..penyertaan hanya dibuka kepada kanak-kanak berumur 8-12 tahun sahaja....by 3 my ninjas brother hanya 2orang ja boleh p...adik man x leh p coz baru cukup 7 tahun..hehehe..tinggal dik man, kakak n mama ja kat umah..abang2 nyer dah p camping..huhu mati kutula dik man nie..
by the way...ktorg p jugak ke sana, cuma lambat ckit..coz kakak kerja hari jumaat..hehe
lepas habis ja office hour..trus gerak ke Sg.Petani..target nak sampi before malam..so agak rush la jugak..
Alhamdulillah...selamat sampai di sana kami disambut baik oleh pihak penganjur..
kami dah terlepas banyak jugakla program yang best..huhu..tracking,flying fox, berkayak n night game...activiti yang masih berbaki yang dapat kami join hanya malam kesenian islam n survival skill..apa2 pun i'm try to find out kat mana kita boleh dapat input untuk dijadikan pengisian rohani..
penyampaian tazkirah maghrib untuk adik-adik aulad(lelaki) dan banat(perempuan) sangat complex, perfect n so on..
isu yang dibincangkan mengenai isu-isu umat islam kini...bermula dengan sejarah kebangkitan islam,zaman kajatuhan uthmaniah, hinggalah kini permasalahan isu palestin, syria, iraq, selatan thai dan saentero dunia islam kini tertindas..sehinggalah isu islam di Malaysia..jika di palestin dan syria ditindas dengan kekejaman musuh..tetapi rakyat Malaysia kini banyaknya ditindas melalui pemikiran atau 'ghazwatul fikr'(peperangan pemikiran)..kita disuap dengan hiburan...pelbagai warna hiburan telah diserap dalam kehidupan kita..dan mungkin musuh akan mulai risau seandainya pemuda atau pemudi sudah mula dekat dengan agama..itulah realiti islam di Malaysia..islam atas nama,sedikit sungguh yang beramal dengan islam..kehidupan yang bercampur tanpa ada batas syar'e dan sume tu merupakan perancangan yahudi laknatullah!!
so....
wahai pemuda dan pemudi Malaysia yang masih bernaung di bumi Allah ini...
jom!!! tranformasi..gunakan keamanan Malaysia yang sementara ini membangkitkan kembali islam...cukuplah sekadar membangkitkan Islam di dalam diri kita..i.allah gelombang islam itu pasti sampai ke seluruh dunia...
let's come up to be Umar al-khattab ke-2 @ Sollahuddin Al-ayyubi ke-2...
we have task to solve it..
seandainya kalian merupakan graduan maka belajarlah bersungguh-sungguh kerana Allah..
seandainya kalian merupakan pekerja maka jadilah pekerja yang beriman serta amanah dengan tanggujawab yang diberikan..
dan walau apa pun posisi kalian..kita ini masih lagi pejuang ilmu sehingga ke liang lahat
penuhilah ruang lingkup di dada dengan ilmu yang mampu membuahkan amal..
starting with love to Allah...kenali Allah nescaya kamu mengenali dirimu..
mengenali Allah menyedarkan kita siapa diri kita sebenar??
Sohihul Aqidah...(aqidah yang benar)..i.allah topik ini akan saya cuba kupaskan dengan seringkas mungkin..
dan sedikit bait-bait yang memberi amaran buat diri ini..supaya beramal dengan setiap apa yang diperkatakan...
FirmanNya:
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
[surah As-Saff 2-3]
Forgive me Ya Allah!!
berilah kekuatan dalam beramal dengan kata-kata ku ini..
sungguh kudrat ku amatlah lemah..
Wallahu'alam...
Monday, May 28, 2012
1st day
Alhamdulillah...selesai sudah untuk satu hari yang pertama saya berkerja as accountant at HDL Management(audit firm)...huhuh....not bad, boleh tahanla...n ok gak ar..that's the words yang akan keluar dari mulut saya and others my friends yang start practical hari ni..nama pun kerja..mestilah penat, tak larat n so on la..
hm...tu la manusia..susah sangat nak lari daripada mengeluh..
penat ke..sakit ke..panas ke...sume nak mengeluh..ce try jadi orang yang keep n silence dengan mengeluh..
huuhu..susahnyer...hm..mengeluh lagi..sabar..sabar tu je kuncinyer
ingat!!! sabar ni adalah antara ciri-ciri orang bertaqwa..^_^
then Allah pasti menjanjikan syurga bagi orang yang bersabar
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
[Surah Al-Imran ayat 139]
[Surah Al-Imran ayat 139]
just nak share ckit ja..
time on the way nak balik umah..slot mu'min profesional bermain di radio IKIM...
terisi la kejap masa walaupun tak lama...
rasa sangat diri ni makin terhakis..terhakis dengan sensetiviti kepada Allah..ingat senang nak menerapkan all the time to searching mardhotillah(Redha Allah)??
kita ni memang berfitrahkan nak menjadi baik...cuba perbaiki diri..tapi kadang-kadang tersasar juga, bila mana kita diuji dengan kelemahan iman..
apa yang menarik..saya tertangkap dengan ayat "kita perlu memahami takdir dan mengurus takdir"
satu analogi..kita tidak mampu untuk mengubah arah angin tapi kita mampu menguruskan ke mana arah yang harus kita pergi...macam tu la dalam kehidupan kita..
kadang-kadang kita diuji dengan kesusahan..tapi tak bermakna kesusahan yang dirasai akan menyukarkan kita sampai bila-bila..kesukaran kita itu sebenarnya ada pengajaran dari Allah ..but sometime..kita diuji lagi benda yang sama, cuma individu yang terlibat serta persekitaran sahaja yang berbeza..itu bermakna pengajaran yang lepas kita tidak mampu memahami lagi...macam kita kat sekolah..kalo syllabus yang diberi oleh guru kita tak boleh nak past kita tak boleh pergi ke level yang lain..
so, macam tu la dalam kehidupan kita..hidup kita ini bukan sekadar makan,tidur n lalui rutin harian kita..
remind!! hidup kita ini ada tugas!! tugas sebagai seorang khalifah..menjadi pemimpin pada diri sendiri,keluarga dan masyarakat..
tapi bila mana kita teruji..terdapat 3 situasi yang mana..Allah izin terjadi
pertama bila seorang itu berniat melakukan kejahatan, maka dia teruji dengan kecelakaan maka itu dikatakan "Bala" in terms that Allah tak suka dengan apa yang kita buat..
kedua, bila seseorang itu merupakan individu yang baik tetapi diuji dengan ujian yang mungkin menyakitkan..maka itu dipanggil "kaffarah" iaitu penghampus dosa yang lalu..so nak kena sabaq sangat..
yang terakhir ujian ini sering diuji kepada orang yang baik, yang sedang melakukan kebaikan seperti para Rasul,Nabi,Salafusolih dan Alim ulama'...dan pasti kita pernah dengar mengenai kisah Ulul'Azmi..
yang mana terdapat 5 orang rasul yang bergelar Ulul'Azmi...Nabi Muhammad,Nabi Ibrahim,Nabi Musa,Nabi Isa dan Nabi Nuh...I.allah kalo sahabat-sahabat berkesempatan ce try hayati sirah mereka ini..
so...pentingnye kita ini menyelami setiap ujian yang Allah beri..coz..
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
[Surah Al-Baqarah ayat 286]
fahamilah setiap ujian yang Allah beri pada kita..coz kita ini umpama manusia yang diuji dengan batu-batu yang kecil,dan akan diuji pula dengan batu- bata..dan setiap ujian itu akan diuji mengikut kemampuan dan tahap keimanan kita..
try to be highest level..In progress
Wallahu'alam....
Wednesday, May 23, 2012
Reflection Thinking..
Alhamdulillah...syukur dengan ketenangan dan keamanan yang dipinjamkan buat sementara..
.....................
hm..pernah dengar words "Muhasabah Diri"???..rata-rata manusia mungkin ada yang selalu,jarang-jarang or tak pernah dengar words ni..
actually..the words is likely Reflection, reflection to sellf thinking.."like what we have done today??"...
then..we talking about time,feeling..and what else..
ok guys..Let's we sit together..come reflect to ourself..
have we believe it..the life will be End..one day..
Hari ni..semua orang diancam dengan kesibukkan yang melampau sehingga..masa untuk diri sendiri tidak diperuntukkan..yang mana, masa itulah sebenarnya membantu diri kita supaya reflect balik apa yang kita dah buat hari ni...
Seorang mukmin memuhasabah dirinya tentang perlakuan yang telah dilakukannya. Kata Umar al-Khattab: “Hitunglah dirimu sebelum kamu dihitung”. Dia mesti bersungguh-sungguh melakukan muhasabah itu kerana Allah Taala sentiasa melihat dan memerhati gerak gerinya.
Teringat time belajar dulu, selalu je ade orang berpesan; "ok..adik-adik! malam ni sebelum tidur jangan lupa muhasabah diri ye!!!"...pesanan tu berlalu macam tu je..ye la..kalo kita tak pernah hayati...
macam mana pentingnyer muhasabah diri tu...sebenarnya ia merupakan positive charge yang membantu kita membentuk produktiviti muslim..
sahabat-sahabat..
kembalilah kepada posisi seorang hamba..kita mungkin baik..tapi adakah baik itu diredhai Allah..it's mean Baik dengan suruhan dan jauhi larangan Allah..
dalam firmaNya:
: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan”. (Surah al-Hasyr:18).
When and How??
cukup sekadar hanya kita berseorangan or in term of arabic 'Uzlah'(bersendirian) tanpa ganguan..
(it's mean FB,Twitter,Handphone..anything else..)
pastikan ganguan itu dibuang sejauh yang mungkin buat sementara..ambil masa untuk kita 'Temenung' sebentar..menungkan kehidupan seharian kita..apakah mungkin hidup kita pada hari ini diredhaiNya??
ask to ourself..to repair the mistake..it would not be happen again..
antara waktu yang lebih afdhal ialah sepertiga malam..yang mana ia disajikan dengan solat sunat Tahajud,,Hajat,Taubat..(lain-lain mengikut kemampuan)..each part of the time should be fully with appreciation..
hopefully...Let's do it together and ensure the amal will be consitent..InsyaAllah
Reflection,Pesan Rasulullah S.A.W dalam hadith baginda:
“Peliharalah titah perintah Allah nescaya Dia akan memelihara engkau(sepanjang masa), peliharalah larangan Allah nescaya engkau dapati Dia selalu di hadapanmu. Apabila kamu meminta, hendaklah kamu meminta kepada Allah dan apabila kamu memohon hendaklah kamu memohon pertolongan dari Allah.
Return In progress...
Wallahu'alam
Subscribe to:
Posts (Atom)



