tarbiyah & dakwah....

"Tarbiyah bukanlah segala-galanya..tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah"
(Yusuf Al-Qadrawi)

Tuesday, August 7, 2012

Travelog Ramadhan

Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerana kita hari ini masih lagi diberikan peluang untuk terus dan berusaha menjadi hamba Allah yang Rabbani (penisbatan diri dan kuatnya hubungan seorang hamba dengan Allah)




selesai sudah program 3R "Remaja Raikan Ramadhan" buat kali ke-2 yang dianjurkan oleh adinda2 KPMB..buat kali pertama kalian bergerak sendirinya Alhmdulillah berkat doa,tawakal dan keikhlasan Allah permudahkan segala urusan sepanjang program, walaupun terdapat sedikit kekuranggan dalam menjalankan program..apa2 pun tu semua pengalaman n softskill...







jutaan terima kasih juga buat Family OC..yang sudi mengembling tenaga dalam menjayakan program, penatnyer memasak dari pagi sampai ke petang..Masyallah hebat sangat kalian..



“Seorang mukmin yang memberi makan mukmin yang lapar, kelak Allah akan memberi makan kepadanya daripada buah-buahan syurga, dan barang siapa yang memberi minum seorang mukmin, maka kelak Allah akan memberi air minum dari syurga” (Hadis Tirmidzi)

“Barangsiapa yang memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang seperti orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun.”

 (Hadis Tirmidzi, Ahmad & An-Nasa’i)

Program bermula dengan aktiviti pendaftaran dan taklimat serta pengenalan fasilitator, dan disertai dengan aktiviti tadarus al-quran bersama dengan fasilitator.
slot KAU dan aku Ramadhan..
telah diketuai semua fasilitator sahabat..
perkongsian yang amat menarik...madrasah Ramadhan yang hadir mengajar kita untuk berusaha menjadi hamba Allah yang bertaqwa...seperti yang diceritakan oleh  Ubai Bin Ka'ab kepada Umar Al-khattab
"Apa itu taqwa?" tanya Umar al-Khattab kepada Ubai bin Ka'ab Radhiyallahu 'anhuma.
"Pernah kamu susuri jalan yang penuh duri?" balas Ubai dengan suatu pertanyaan yang menduga.
"Pernah saja," jawab Umar.
"Apa yang kamu lakukan?" pintas Ubai.
"Aku angkat sedikit pakaianku, dan melangkah dengan hati-hati," jawab Umar lagi.
"Itulah taqwa!" simpul Ubai bin Ka'ab terhadap soalan Umar al-Khattab tentang taqwa.
begitulah dalam kehidupan dunia kita ini....cabaran dan ujian dunia haruslah kita tempuhi dengan hati-hati agar iman kita tidak tercalar akibat dek duri dunia...
dan kenapa Ramadhan sering dikaitkan dengan Taqwa...
sebab bulan Ramadhan ialah bulan yang telah dilipat-lipat gandakan ganjaran pahala serta melatih kita untuk konsisten dalam beramal dan semua ini melahirkan Taqwa kepada Allah..
di Samping itu, kami turut diingatkan agar tidak menjadi hamba Ramadhani..tetapi jadilah Hamba Rabbani...n jangan lupa habiskan duit time bulan Ramadhan..(banyakkan b'sedeqqah)  ^__^
dan jangan lupa..jangan bazirkan makanan..if kita bazirkan makanan, ini seolah-olah seperti kita mengejek saudara2 kita di somalia..Masyallah..(*_*)

diskusi perjalanan dari perlis-kajang bersama sahabat2...
apa bezanya orang2 beriman dengan orang2 bertaqwa??
....orang beriman ini dipanggil bila mana, kalimah syahadah itu disebut maka jadilah dia seorang muslim..namun begitu dalam mehnah kehidupan hari ni, kita tetap di panggil dalam al-quran.."ya ayyuhal mu'minun.." walaupun secetek mana pun iman..Allah tetap memanggil kita dengan pangkat yang tinggi..Masyallah tingginya sayang dan cinta Allah pada kita...
dan bagaimana pula orang2 b'TAQWA??
kita semua orang beriman, tapi yang membezakan kita semua dihadapan Allah kelak ialah TAQWA...sejauh mana ukuran taqwa kita dihadapan Allah, hanya kita dan Allah saja yand dapat dirasai..yang mana bila seorang muslim itu always beware apa sahaja yang dia buat coz dia tau Allah sentiasa memerhati dan mengetahui setiap gerak-gerinya (Muraqabatullah)
dan kenapa mesti dikaitkan dengan RAMADHAN...
sebab Ramadhan ialah bulan gandaan pahala...yang mana melatih kita menjadi hamba yang sentiasa berlumba-lumba membuat kebaikan dan berusaha mendekatkan diri kepadaNya..ini sumuanya jalan-jalan untuk mendapat Taqwa...melatih kita menCINTAi Allah dan mensyukuri segala nkmatNya..
kata Imam Al-Maududi: tidak pernah sekalipun Allah memaksa kita untuk mengakui bahawa nikmat yang dirasai hari ini datang dariNya..tetapi Allah menunggu kita mengakui dan sedar akan setiap nikmat yang kita rasai adalah milikNYa...
Masyallah sahabat2...sayangnya Allah pada pendosa..nikmat yang diberi tanpa putus ini sentiasa dikurniakan untuk menyedarkan kita bahawa tiada satu pun di dunia ini milik kita..

sepanjang perjalanan kami menaiki bas ETIQA beserta doa,banyak yang kami berempat kongsikan...huhu..semua b'kongsi takut nak jadi fasi esk utk program 3R...heheh...sampai ja KPMB bila dah jumpa adik2 di KPMB, bukan main rancak dan mesra lagi tu..
usai kami berprogram di bumi Beranang..
perjalanan kami diteruskan ke destinasi seterusnya..ke Kem BUMI Jati, Shah Alam..
Subhhanallah...syukur sangat terasa sangat Allah memanggil dan menjemput untuk menghadiri majlis ilmu ini..program berlangsung selama 5 hari, dari hari Sabtu-Rabu..tapi kami join hari Ahad-Isnin ja..walaupun kejap..input yang dicatat hampir memenuhi 1 buku...so lain kali bawak extra book ok..hheheh
sedikit yang dapat dikongsikan,
petikan dari salah seorang ulama': sahabat-sahabat nabi itu umpama bintang-bintang di langit, petiklan salah satu untuk dijadikan idol hidup dalam kehidupan seorang muslim.
berbalik dalam kehidupan sirah, rangka perjalanan mereka terlalu hebat..mereka diuji dengan kepayahan dalam menegakkan iman dan aqidah...banyak contoh sahabat nabi yang dapat kita contohi..seperti perjalanan hidup seorang pemuda yang bernama Mus'ab Bin Umair, pemuda bangsawan yang kacak telah meniggalkan segala kekayaan demi memiliki iman dan aqidah, sehinggakan kain untuk menutupi jenazah beliau tidak mencukupi..
serta banyak lagi yang dapat kita contohi..sekiranya kita mula mencintai untuk membaca sirah..
perjalanan kami bakal berakhir..dengan perjlanan kami dari Shah alam- Kangar, jazakillahkhair pada adinda wani yang hantar ktorg ke stesen bas. Walaupun begitu,perkongsian kami tidak pernah berhenti..perkongsian diteruskan sehingga kami terlena dibuai mimpi..
Subhanallah nikmatnya berukhuwah..
moga Allah kekalkan ukhuwah ini hingga ke syurga..
jutaan terima kasih dan jazakumullahkhair buat family OC, Kamsis serta fasilitator sahabat/sahibah
moga segala usaha kita bersama dikira sebagai pemberat mizan kelak..
Wallahu'alam...
Travelog Sabah bakal menyusul...Fatimah,Fairuz,Jalillah....or others sahibah nk join skali? ^_^

3 comments:

  1. subhanallah ! travelog yang indah dan penuh bermakna buat hamba yang mengerti nikmat perjalanan hidup yang dikurniakan Allah :)

    ReplyDelete
  2. jom...kita plan molek sokmo...cash money without flight tket, should be collect Rm 500...dh siap sedia..i.allah kita p..^__^

    ReplyDelete

Free HTML Blog 4u