tarbiyah & dakwah....

"Tarbiyah bukanlah segala-galanya..tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah"
(Yusuf Al-Qadrawi)

Friday, June 15, 2012

Jom jadi Hero.....


Nak jadi Hero pa?? Shah Rukh Khan..Lee Min Hoo...Ip Mann..ha pa lagi...heheh by the way  Ip Man tu I suka..coz teringin sangat satu hari nanti boleh belajar kung fu..huhuh..berat-berat..xpelah kalo xdapat belajar kungfu, tapi nak cari suami yang pandai kungfu boleh??heheh..


Ingat lagi x..sejarah form1,2,3,4,5...kali ni sume topik dari form 1-5 digabungkan menjadi satu = pengajian Malaysia..heheh ingatkan dah habis belajar sejarah dan x perlu nak menghadap sejarah lagi..alih2 kena amik subjek Pengajian Malaysia..eheh redha2...sejarah mengajar kita supaya pelajari semangat perjuangan serta kesilapan Orang Melayu pada masa lalu..
u know pasal Melaka mula jatuh ke tangan penjajah...yang mana ketika itu Melaka di perintah oleh Sultan Mahmud Shah dan kematian Tun Perak juga mengugat pemerintahan ketika itu..fitnah mula tersebar, kenaikan cukai makin tinggi, pepercahan rakyat jelata..
 heheh...bukan nak suruh belajar sejarah hari ni ^_^...
tapi saje nak flashback, melihat bagaimana penjajahan barat mula bertapak di tanah melayu..
bermula dengan peperangan hinggalah hari ni..kita masih lagi dijajah...dijajah dengan pemikiran, walaupun hampir 55 tahun Malaysia Merdeka..
kita merdeka hanya sekadar fizikal sahaja tetapi pemikiran kita masih dikuasai oleh mereka...


jom kita buka minda bersama...
lihat sekeliling masyarakat kita dan juga diri kita..
kita merupakan mangsa jajahan fikiran, mungkin kita tidak terluka berdarah seperti pejuang Tanah Melayu dahulu; Dato Maharajalela, Dol Mad Said....
tetapi fikiran kita sudah dicincang halus tanpa kita sedari..
Seburuk-buruk kesan yang kita terima dari serangan penjajahan barat ini ialah jatuhnya kita ke dalam lembah kehinaan yang amat ketara dari sudut kelemahan fikiran, keruntuhan moral dan peniruan kebudayaan barat.


see.........inilah kita hari ini!!
kita telah disuap dengan taktik kotor musuh, 



1) Merombak sistem pelajaran dan pendidikan.
2)Menukar dan menghapus bahasa tempatan umat Islam dengan mengunakan cara yang halus.
3) Membentuk angkatan baru yang buta (jahil) Islam.Mereka ini jahil tentang asas utama akidah, syariat,sejarah Islam yang agung dan tamaddun mereka yang hebat.Cara-cara berfikir dan pandangan mereka terhadap perilaku sesuatu itu mengikut kacamata materialisma barat.

kita telah diperkenalkan pelbagai Model-model yang cantik, yang kononnya elok di mata kita..

MENIRU GAYA HIDUP BUKAN ISLAM
1) Mereka menganggap bahawa bahasa sendiri adalah satu keaiban sementara bercakap dalam bahasa penjajah satu kebanggaan bagi mereka.
Ada pula orang-orang Islam yang merasa bangga kerana mereka menyeleweng dari landasan Islam; disebabkan kebutaan mereka terhadap hukum-hukumnya.
2) Meniru pakaian dan fesyen penjajah. Sedangkan penjajah tidak pernah suka memakai pakaian orang-orang Islam.
3) Meniru cara makan atau minum dan adat istiadat penjajah dalam semua aspek – kecil dan besar serta merpertahankan cara hidup barat dan mengikut semua peninggalan mereka.

Hari ini juga  telah berlaku...
TEKNIK MENGANGKAT TARAF ORANG YANG JAHIL TENTANG ISLAM
-Diberikan kedudukan yang tinggi dalam masyarakat,jawatan di pejabat rasmi pentadbiran  samada sebagai pegawai awam atau tentera.
-Mereka mendapat keistimewaan dalam lapangan politik dan sosial.
-Kemudian mereka inilah yang menjadi pelopor gerakan politik dan mereka jugalah dipilih sebagai wakil ke parlimen.
-Apabila negara-negara Islam mencapai kemerdekaan,ketika itu jadilah mereka sebagai pengganti penjajah di bumi ummat Islam.

pernah tau tak citer pasal Raja Richad... ketika peristiwa Sollahuddin Al-Ayyubi menawan Baitul Maqdis..
Raja Richard telah ditawan oleh tentera islam..dan masih diberi layanan yang baik,
dan setelah Raja Richard dibebaskan, dia menceritakan pengalaman beliau kepada kenalan sekelilingnya..
Raja Richard:
"Mereka mempunyai pemuda-pemudi yang kuat agamanya, mereka juga mempunyai akhlak yang sangat baik..
saya diberi layanan yang sangat baik.."
kata Raja Richard..susah untuk kita kalahkan Islam jika mereka mempunyai pemuda-pemudi yang kuat pada agamanya, dan mempunyai akhlak yang baik..
hasil dari segala pakatan, maka mereka memutuskan untuk mencipta serangan melalui pemikiran..
 [history dia lebih kurang macam tu]

maka inilah kita hari ini yang makin jauh dengan Islam..
sedarlah wahai mangsa penjajah...kita masih lagi terikat sistem jajahan,dirosak dengan pelbagai ideologi..
let's come up together!!! dekatkanlah diri kita kembali kepada agama, letakkan kembali cinta Allah yang utama...kita mungkin tak boleh nak membantu saudara kita di Palestin,Syria,Myanmar dan negara-negara islam yang lain secara fizikal..tapi kita boleh mulakan dengan update diri kita dengan access system Islam dalam diri kita..buang virus2 jahiliyah..
kalo boleh promote system yang mana lagi the best..untuk accese system cepat cikit..starting with Allah always..oceh!!!  
jom!!! jadi Hero Islam

Hasil rujukan dari :Tanggungjawab Pemuda Islam Hari ini- Abul A’la Al-Maududi
actually banyak lagi yang dikupas..tapi saya cter ckit ja..if nak infm lebih lagi..tenggok rujukan di atas..^_^
maaf jika terdapat sebarang kesalahan dan kekurangan...asif jiddan

Wallahu'alam..
Return to Progress..





No comments:

Post a Comment

Free HTML Blog 4u