tarbiyah & dakwah....

"Tarbiyah bukanlah segala-galanya..tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah"
(Yusuf Al-Qadrawi)

Wednesday, June 13, 2012

Walimatulurus....

heheh..tajuk Walimatulurus ini berat...
bukanlah bertujuan untuk invite pembaca ke walimatulurus saya..hehe yang pasti lambat lagi, hm..lambat dengan perkiraan masa,hari,bulan dan tahun..heheh^_^
actually..ramai sahabat2 saya yang akan walimah..buat masa ni hampir 6 orang..bt the way yang lain coming soon..tengah tunggu turn sape plak lepas ni..
bila cakap pasal kahwen ni...takut sangat..takut tak bahgia..takut bila jadi macam masyarakat sekarang..dipukul,tidak diberi nafkah n macam-macamlah..huhu 
sapelah aku nak menentukan bahgia @ tidak..
bukankah bahgia ni milik Allah...
ingat senang nak kahwen??..just look it pasangan kita tu handsome@cantik ke tak??cukup agama x??pandai masak?mengemas?? sume tu bukan pakej yang lengkap lagi...
first..
bermula dengan diri sendiri..kerana corak pasangan kita mungkin berdasarkan personaliti diri kita

Firmannya:

"Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."
[surah An-nur:26]



Teringat plak time kupasan Maza ya'ni Anutil Islam(apa ertinya saya menganut islam) bersama Sir Naser time form 5 dulu..
tajuk Muslim dari segi Keluarga..terdapat 3 isi dari tajuk tu,
1) Tanggungjawab sebelum berkahwin
2) Tanggungjawab sesudah berkahwin
3) Tanggungjawab bersama mendidik anak-anak

dan setiap perkahwinan akan melalui 3 fasa
Fasa 1: pada usia perkahwinan di bawah 5 tahun.
Fasa 2: ketika melepasi 5 tahun menghampiri 9 tahun.
Fasa 3: perkahwinan sudah 15–20 tahun.


ketika fasa ini banyak yang tumpas dan bercerai berai..
fasa1:honeymoon, masih lagi hangat dalam bercinta..
fasa2: Masing-masing sudah mula mengenali baik,buruk..time ni la sume pasangan suami isteri perlu menerima kekurangan masing-masing serta memperbaikinya..
fasa3: umur meningkat tua,ajal semakin hampir hidup saling memerlukan akan kembali pulih..
P/s:kalo ada yang silap mohon teguran ya!!..

banyak faktor sekeliling yang mempengaruhi penceraian..jadi hopefully dengan faktor-faktor ni dapat kita elakkan xkisahla yang membaca ni dah berkahwin mahupun tidak yang penting mencegah lebih baik daripada merawat..

 dalam pandangan Psikofitrah ada 7 penyebab kehancuran keluarga. Kehancuran keluarga ditengah masyarakat berarti juga kehancuran satu bangsa sebab keluarga adalah cermin dari satu bangsa :

1. Akidah yang keliru atau sesat..that's why pentingnye kefahaman aqidah yang jelas mempengaruhi kehidupan kita sebagai seorang muslim, bila x jelas aqidah tu yang mula nak guna tok bomoh,ayat pengasih n so on..Nauzubillah!!
2. Makanan yang tidak halalan thayyiba. Menurut hadis Nabi, sepotong daging dalam tubuh manusia yang berasal dari makanan haram, cenderung mendorong pada perbuatan yang haram juga (qith`at al lahmi min al haram ahaqqu ila an nar). Sumber pendapatan,mahupun sumber makanan yang dibeli..ingat elakkan syubhah..
3.Kemewahan,Menurut al Qur’an, kehancuran suatu bangsa dimulai dengan kecenderungan hidup mewah, mutrafin (Q/17:16), sebaliknya kesederhanaan akan menjadi benteng kebenaran.
4. Pergaulan yang tidak terjaga kesopanannya. That's why seorang isteri/suami kena elakkan berdua-duan dengan yang bukan muhrim..walaupun dengan urusan kerja..but u must remind..Syaitan sentiasa mengawasi dan mengambil kesempatan untuk menyesatkan kita.. 
6. Akhlak yang rendah. Bila kita sukar mengawal emosi..sumenyer akan berpandukan nafsu..dan ketika ini ramai yang kalah ketika diuji, ada yang menjadi mangsa pukul dan sebagainya..
7. Jauh dari agama. Agama dalah tuntunan hidup...hidup tanpa solat,quran dan ibadah asas yang lain..hidup kita takkan berkat..senang macam mana pun mesti kita akan rasa kehilangan iaitu kehilangan ketenangan..coz Allah tak redha...

mohon maaf seandainya terdapat kesilapan..moga dengan sedikit sebanyak perkongsian ini mampu memberi persediaan kepada diri kita untuk diuji satu masa kelak..fot those yang tak kahwin lagi..ingat!! it's not joking..but it's seriously..persediaan Baitul Muslim perlu digilap..walaupun 3@5@10 tahun lagi nak kahwen..walaupun lambat lagi nak kahwen, preparation kena bermula sekarang..banyakkan membaca ok??^_^


Wallahu'alam..
Return to Progress

No comments:

Post a Comment

Free HTML Blog 4u