"Tiga perkara yg sesiapa memilikinya, maka dia memporelehi kemanisan iman. Allah dan Rasul-Nya lebih dikasihi olehnya daripada selain keduanya....dan tidak mengasihi seseorang melainkan krn Allah,dan dia benci utk kembali kekufuran sebagaimana dia di benci utk dilontarkan ke dalam api" [Riwayat al-Bukhari]
tarbiyah & dakwah....
"Tarbiyah bukanlah segala-galanya..tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah"
(Yusuf Al-Qadrawi)
Monday, December 27, 2010
ukhibukifillah....
bismillahirahmanirrahim.........
"...tarbiyah bukanlah berjalan dr wasilah usrah @ majlis ilmu sahaja, malah ia dilalui dr hari ke hari dalam kehidupan kita..."
1 mggu yg lalu sy dijemput utk menjadi fc bg sebuah progrm yg di anjurkan oleh RMC Trainning,alhmdlh syukur...ada juga kelapangan utk join progrm cuti ni,cuti ni agak sedih coz banyk prgrm clash ngan progrm family. Apa-apa pun sume bnda yg dilalui itulah Tarbiyah utk kita.
progrm ini hanya dikhaskan bg remaja perempuan yg b'umur lingkungan 13-17thn,bertempat pusat pemulihan kanak-kanak, sebelum kami ditemukan dgn peserta...ckg azmi,ckg hadi n ustz zainuddin ada bg sedikit pesanan kpd kami semua fc mengenai kondisi dan permasalahan yg dihadapi peserta.
"diharapkan semua fc perlu membuat peserdiaan hati utk menyertai progrm ini..."
km juga difahamkan dr ckg...kebanyakkan dr peserta ini merupakan remaja yg mempunyai masalah keluarga;
terkejut,terkedu n x tau nk wat p'sediaan apa,bl diceritakan setiap permasalahan yg dihadapi bg setiap peserta...
Ya Allah,hanya Engkau sahaja yg tahu..dan ku pasti setiap ujian yg diuji itu,pasti di uji mengikut kemampuan masing2...
...pg itu km disambut dgn baik,sifat dan latar belakang yg kami ketahui kami endahkan,layanan kami kepada adik2 di situ menjadikan hubungan antara kami mulai rapat dan mesra.
dr situ, dapatlah ku rasai setiap raut wajah mereka tersimpan begitu bnyak derita.
cubaan berkali-kali membunuh diri, terluah dr luahan seorg gadis...
".....saya dh bnyak kali membuat cubaan membunuh diri..."
hanya dgn alasannya "x tahan"
mungkin ungkapan "xtahan" itu langsung tidak munasabah
namun, bl diceritakan setiap detik hitam mereka;..bgku tiada ungkapan yg mampu ku ucapkan.fikiranku mula m'bayangkn..jika ku diuji sedemikian tahan kah aku!!
teringat akan pesanan ckg Azmi:"...positif kan apa sahaja luahan @ masalah yg mereka ceritakan..ingat!!relatekan sumenya dgn Allah.."
usai mereka menceritakan sumenya, terpapar wajah-wajah mereka utk meminta respon.."kakak-kakak mesti rase benci,x suka dengan kami.."
Ya Allah...sedihnya dengar adik2 ni cerita..dlm hati ni tiada sedikit pun benci @ sebagainya.
"adik2...kami di sini nk cuba bantu adik2 nk sayang adik2 ni mcm adik2 kami,
adik2 tahu x!!! org yg x diuji adlah org yg tidak mndapat perhatian dr Allah,dan org yg di uji ialah org yg disayangi olehNya, sebab Allah nk tengok sejauh mn kesabaran dan pergantungan kita kpdNya.."
dr situ...semakin bnyakla soalan yg diajukan: "akak2!!Hari Akhirat 2 bl ye??,akak2!!dajjal 2 mmg wujudkan??,akak2!!ape nama binatang yg dok korek bawah tanah 2???"
"weh..hang ni sabaqla tanyala satu2..kakak tu tau nk jwb mn satu"
hatiku sedikit berbungga dgn telatah mereka,ku cuba menjawab setiap soalan sebaik mungkin...
setiap cerita ku selitkan sedikit pesanan dan kecintaan mengenai Al-khaliq kpd mrk.
"..adik2..ingat ye!!sehebat macam mn pun ujian,seberat macam mn pun...ingatlah Allah,akak ckp ni bkn kpd adik2 sahaja,tp utk akak sekali..sebab bukan adik2 sahaja diuji tp semua orang.."
"akak nk tanya,knp kita nk kna ingat kat Allah???"
:...hm....
"sebab,Allahkan pencipta kita..Dia tahu akan setiap kemampuan dan kelemahan kita"
lagi bnyak pesanan dan huraian bg setiap soalan ku hujahkan, lagi rancak diskusi kami.
Alhmdlh..HEBAT sangat adik2 ni,bnyk bnda yg kami kongsikan bersama walaupun tempoh progrm hanyalah singkat..
secara jujur..bnyak sngat kelemahan utk membantu adik2 ni, namun senjata seorang mu'min bkankah doa,dan itulah yg termampu bgku duhai Adik2 sekalian..
Ya Allah kekalkanlah kami di jalanMu,
dekatkanlah kami dgn CINTAMU,
perkuatkanlah kami utk menghadapi setiap ujian hidup ini..
pertemukanlah kami bersama di dalam syurga Mu...
UKHIBUKIFILLAH(syg kalian krn Allah)<3
Sunday, December 19, 2010
syukurlah kita.....
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya....."
(Al-Baqarah:286)
sedih,sakit,cinta,benci,jemu dan sebagainya,merupakan fitrah bagi setiap manusia..
sering kali kita diuji,untuk ditarbiyah olehNya.
Namun sifat jahil manusia,sering lupa akan setiap uijian yang diberi adalah untuk menambahkan ketaqwaan dan keimanannya....
syukurlah kita diuji sedemikian, kerana Allah itu tahu akan kemampuan hambanya.
kadang-kadang kita rasai,ujian yang diharungi begitu sakit,sempit,penat.....
tetapi ketahuilah...
masih ramai lagi manusia yang diuji dengan ujian yang berat.
Tidakkah kita rasai syukur??
adakalanya mungkin kita rasai, yang kita ini kurang kasih sayang dari manusia yang bergelar ibu,ayah,kakak,abang,sahabat @ yang hampir dgn kita.
sedarlah....
kasih sayang itu sebenarnya merupakan hak milik AR-RAHIM
mengapa kita perlu mempertikaikan kasih sayang manusia yang kurang kita rasai.
sesungguhnya AR-RAHIM itu lebih hampir dengan kita,tidakkah lebih elok jika kita dambakan kasih sayang dariNya..Bukankah lebih tenang dan manis??
syukurlah diri ini...
jika tidak kerana izinNya,pasti ku tidak lahir ke dunia ini.
kadang-kadang kita rasai ujian yang dirasai sungguh berat,bak kata pepatah berat bahu memikul,berat lagi mata memandang..
tetapi ketahuilah para solafulsoleh dulu semakin banyak mereka diuji,semakin tinggi keimanan mereka kepadaNya..bak kata pepatah berat bahu memikul,semakin banyak iman digendong..
sehebat mana pun, segentir mana pun ujian kita..
semuanya pasti dibayar dengan syurga kelak..
Ya Allah...tetapkanlah hatiku dan tetapkanlah ku di jalan-Mu
Sunday, December 12, 2010
IKHTILAT.......................
IKHTILAT (PERCAMPURAN) ANTARA DUA JANTINA (1)
بسم الله الرحمـن الرحيم ...
الحمد لله رب العالمين . والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين ، وعلى آله وصحبه أجمعين . أما بعد ...
MUKADDIMAH
Ikhtilat secara umumnya membawa maksud : percampuran antara dua jantina di satu-satu tempat. Ia adalah satu perkara yang sering berlaku dalam kehidupan seharian kita. Ia boleh berlaku di pasar, jalan raya, ketika solat berjemaaah di masjid, ketika tawaf di sekitar Ka’bah, ketika wukuf di Arafah, ketika melontar Jamrah . . . dsb.
Ikhtilat pada asalnya dibolehkan oleh syara’, tetapi dengan beberapa syarat. Jika tidak, maka sulitlah kehidupan manusia seharian. Namun begitu, kita perlulah membezakan antara ikhtilat yang dibenarkan dan khulwah yang diharamkan.
Ikhtilat, sebagaimana yang telah kita sebutkan tadi, hukum asalnya adalah mubah (harus) bagi memudahkan kehidupan manusia. Tiada halangan padanya kecuali jika ia membawa kepada perkara yang haram.
KHULWAH
Sementara khulwah pula, ia bermaksud : percampuran antara lelaki dan perempuan yang ajnabi (boleh dikahwini) di sesuatu tempat tanpa ditemani oleh mahram perempuan tersebut. Hukum asal bagi khulwah ini adalah HARAM, kecuali pada perkara yang dorurat. Tujuannya adalah untuk mengelak dari berlakunya fitnah.
SYARAT-SYARAT YANG PERLU DIPENUHI
Seterusnya, marilah kita bincangkan pula syarat-syarat yang membolehkan ikhtilat :
1.Hendaklah perempuan tersebut memakai hijab dengan sempurna (Al-Hijab Al-Kamil), dan bagi lelaki pula, perlu menutup aurat.
Firman Allah swt :
59. Hai nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya (2) ke seluruh tubuh mereka". yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, Karena itu mereka tidak di ganggu. dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (3).
2.Pihak perempuan perlu menjauhi dari memakai minyak wangi atau perhiasan yang dapat dilihat walaupun telah memakai hijab.
Firman Allah swt :
31. . . .dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka. . .(4)
Sabda Rasulullah saw :
(( أَيَّمَا امْرَأَةٌ اسْتَعْطَرَتْ ، فَمَرَّتْ عَلَى قَوْمٍ لَيَجِدُوْا مِنْ رِيْحِهَا ، فَهِيَ زَانِيَةٌ ))
Maksudnya : Mana-mana wanita yang memakai wangi-wangian, lalu dia berjalan di hadapan sesuatu kaum dan kaum tersebut menghidu wangiannya, maka dia telah berzina (5).
3.Hendaklah terhindar dari berlaku persentuhan kulit antara lelaki dan perempuan ajnabi, seperti berjabat tangan.
Firman Allah swt :
30. Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih Suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat".
31. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya . . .(6)
Ini kerana, melihat perempuan yang ajnabi telah dilarang, apatah lagi bersentuhan dengannya, lebih-lebih lagi dilarang. Inilah yang telah disepakati oleh ulama’.
4.Hendaklah bebas dari memperkatakan sesuatu yang dapat merangsang nafsu syahwat.
Firman Allah swt :
32. . . . Maka janganlah kamu tunduk(7)dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya(8) dan ucapkanlah perkataan yang baik (9).
Bahkan, digalakkan supaya memendekkan percakapan. Cukuplah sekadar yang sepatutnya dan mengikut keperluan, disamping menjaga adab-adab.
5.Tidak boleh ada tujuan melihat ajnabi tanpa keperluan, seperti perempuan memandang lelaki tanpa ada apa-apa hajat dan begitu juga sebaliknya.
Firman Allah swt :
30. Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih Suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat".
31. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan
pandangannya, dan kemaluannya . . .(10)
6.Jika sekiranya perlu melihat, maka janganlah diiringi oleh nafsu syahwat. Ini kerana, ia akan membawa kepada mafsadah (kecelakaan) dan juga diharamkan oleh syara’.
Sabda Baginda saw :
(( لاَ تُتْبَعْ النَّظْرَةُ النَّظْرَةَ ، فَإِنَّ الأُوْلَى لَكَ وَالآخِرَةَ عَلَيْكَ ))
Maksudnya : Janganlah kamu susuli satu pandangan dengan pandangan yang lain. Pandangan yang pertama itu untuk engkau (tidak berdosa), dan yang kedua tidak(iaitu engkau akan dihukum atas pandangan kali kedua tersebut) (11).
7.Pihak lelaki dan perempuan mestilah cuba untuk memendekkan masa percampuran / ikhtilat tersebut tanpa perlu memanjangkannya. Ini kerana, kebanyakan ikhtilat itu membawa kepada mafsadah, maka adalah sewajarnya kita menjauhi dari terjatuh ke dalam mafsadah tersebut.
Sabda Rasulullah saw :
(( . . . كَالرَّاعِيْ يَرْعَى حَوْلَ الْحِمَى يُوْشِكُ أَنْ يَرْتَعَ فِيْهِ ، أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى أَلاَ وَإِنَّ حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ . . . ))
Maksudnya : . . . sebagaimana pengembala yang mengembala di sempadan/batasan, dikhuatiri akan meragut di luar dari sempadan. Setiap raja itu ada sempadan, dan sempadan Allah itu adalah perkara-perkara yang haram . . . (12)
8.Perlu dipastikan bahawa ikhtilat tersebut membawa lebih banyak kebaikan dari keburukan.
Maka apabila telah sempurna syarat-syarat yang telah ditetapkan, HARUS lah ikhtilat tersebut. Jika tidak, ia dilarang sama sekali. Bukan kerana hukum asalnya haram, tetapi kerana tidak mencukupi syarat.
KHULWAH YANG DIHARUSKAN
Khulwah pula adalah : satu percampuran antara lelaki dengan perempuan yang ajnabi, di suatu tempat yang jauh dari pandangan manusia. Maka bagi khulwah ini, hukum asalnya adalah HARAM. Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad saw :
(( لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ كَانَ ثَالِثَهُمَا الشَّيْطَانُ ))
Maksudnya : Tidak berdua-duaan antara lelaki dan perempuan melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga, duduk di antara mereka (13).
Namun begitu, bagi kes-kes yang tertentu yang dianggap dorurat atau ada kepentingan-kepentingan tertentu yang mana sudah tidak boleh dielak, ia dibenarkan (mubah). Seperti doctor yang merawat pesakit di bilik pesakit jika mahram kepada pesakit itu tidak mampu hadir ketika rawatan tersebut.
PENUTUP
Semoga sedikit usaha ana ini diterima oleh Allah swt sebagai amal soleh amin.
Terjemahan yang dibuat bukanlah secara bulat-bulat, tetapi ana menggunakan uslub
bahasa yang lebih sesuai supaya mudah difahami.
ما أصابك من حسنة فمن الله ، وما أصابك من سيّئة فمن نفسي . وصلّى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين .
Wallahu’alam.
____________________________
(1) Buhusun Wa Fatawa Fiqhiyyah Muasiroh oleh Dr. Ahmad Al-Hajji Al-Kurdi. Beliau dilahirkan pada tahun 1938. Berasal dari Syria, dan sekarang bertugas sebagai pensyarah kuliah syariah di Universiti Damsyik. Mendapat BA, MA dan PhD dari beberapa university sekitar Negara Arab.
(2) Jilbab ialah sejenis baju kurung yang lapang yang dapat menutup kepala, muka dan dada.
(3) Surah Al-Ahzab : 59
(4) Surah An-Nur : 31
(5) Hadis riwayat Tarmizi, An-Nasaie, Abu Daud, Ahmad dan Ad-Darimi
(6) Surah An-Nur : 30-31
(7) yang dimaksud dengan tunduk di sini ialah berbicara dengan sikap yang menimbulkan
keberanian orang bertindak yang tidak baik terhadap mereka.
(8) yang dimaksud dengan dalam hati mereka ada penyakit ialah: orang yang mempunyai niat berbuat serong dengan wanita, seperti melakukan zina.
(9) Surah Al-Ahzab : 32
(10) Surah An-Nur : 30-31
(11) Hadis riwayat Ahmad dan Ad-Darimi
(12) Hadis riwayat Muslim
(13) Hadis riwayat Tarmizi
SENARAI RUJUKAN
Al-Quran Al-Karim
Kamus BA-BM
Buhusun Wa Fatawa Fiqhiyyah Muasiroh oleh Dr. Ahmad Al-Hajji Al-Kurdi
Saturday, December 4, 2010
yogurt!! yogurt!!
selamat datang kpd tuan dan puan yang mengunjungi ke blog saya....
Tuesday, November 30, 2010
mencari hikmah di sebalik ujian.....
Assalamualaikum.....
Saturday, October 30, 2010
mencari yang hilang
di cari....hingga keletihan
penat mula dirasai....
matlamat mula kabur...
mn...shbh2 ku...
mn kekuatan ku.....
nafsu VS iman...makin malap.....
tunduknyer...iman pd nafsu....
letih.....
bila diri sudah kurang diperingatkan.......
baliklah....engkau ke pangkuan....
baliklah....sudah lame ku rindui...
diri yang lalu.....
pulanglah...di pangkuan...tika nafsu menunduk pd iman mu...
pulanglah....agar semangat kembali mekar...
hamba yg memerlukan bimbingan Mu.......
Ya Rahman...Ya Rahim........
Saturday, October 9, 2010
ku rasai lagi CINTANYA......
di mana penawar...
sakit ini....
jazakillakhair....sahabat ku
sakit ini....terubat kembali
mungkin x t'ubat 100%
......cukuplah walau 1%...coz ia sngt b'makna buat diri ini...
p'bincangan mengenai hati yang masih hidup tp sakit....
meredakan sedikit demi sedikit hati yg t'uji ini....
hati yg masih hidup...ia mudah sekali mengenali penyakit..
bila diri mula t'lanjur ngan dosa...
ya Allah...
kau tetapkanlah hati ku ini....
ampunilah....segala k'terlanjuran dosa ku ini...
di tambah, pula dgn tazkirah yg ckup ringkas mengenai...
pemahaman al-mathurat dlm zikir harian kita....
dikejut pula tahajud....
di kala subuh pg ini kutersentuh pula dgn bait-bait al-quranMu....
"kami segera memberikan kebaikn2 kpd mrk ?(tidak), ttp mrk x menyedariny. sungguh, org2 yg takut(azab) Tuhannya, mrk sngt berhati2 dan mrk yg b'iman dgn tanda2 kekuasaanNya"
(al-mu'minun:56-58)
sungguh.....terasa sungguh akan CINTA MU...
mengapa kita masih buta....
Monday, October 4, 2010
ikhtilat (percampuran antara laki dan perempuan)
Wednesday, September 29, 2010
pentingnya sahabat...
soalan yg akan sering ditanya...bl kami sudah agak lame x b'hubung...
"...sedih....la..jiwa ni dah makin sakit..."
kata sahabtku...kt nk kna lawan kalo ikutkan hati binasa...
mmg hati ini dicipta...akan ada surut dan naik.....
suka untuk dikongsikan bl hati tersentuh dgn kata2 ini...
"Ya Allah sentuhla hati sahabatku ini, saat dia jauh dariMu...
peluklah hatinya, saat dia mencintai sesiapa lebih dariMu, dan perlihara imanya selalu...
Krn Engkaulah sebaik-baik pelindung baginya..."
jazakillahkhair ya ukhti....
ukhibukifillah......
renungan buat diri yang lemah...
kuatkanlah aku Ya allah....penat,sedih, dan segalanya terubat...
wallhu'alam
Thursday, September 23, 2010
berbicara dalam suram....
mengapa jiwaku yg dirasai makin suram....
HDA (hbgn dgn Allah) yg dituntut makin suram....
mampukah aku meneruskan perjuangan ini.....
diri ini sudah terasa terlalu banyak menimbulkan fitnah pd islam...
takutnya....
apakah aku ini sudah ditinggalkan olehNya...
terlalu banyak kelemahan yg ku pamerkan...
kelemahan yg di lihat sbg imej islam...
ya Allah.....
jgnlah Engkau tinggalkan aku...
duhai sahabat..
peringatkanlagh diriku ini...
yg terlalu lemah di medan ini...
aku terlalu memerlukan kalian..
untuk menegurku di kala aku terlanjur dosa...
mmglah kudrat manusia sering melakukan kesilapan...
namun pentingnya sahabat untuk mengingatkanku ttg dosa dan azab....
ya Allah sedihnya....
sedihnya hati ini, rawatlah hati ku ini dgn kurasai muraqabahtullah pd mu...
penat...bukanlah bererti aku jemu dgn ujian mu...
tp aku terlalu lemah untuk istiqamah dlm mengejar CINTAMU.....
bicara hati mungkin tidak mampu ku usaikan di sini...
tp ku tahu Engkau tahu segala2 nya yg terbaik untukku..
yg memerlukan doa......
salam rindu dan cinta buat MU
Wednesday, September 8, 2010
Taqabalallahu minna wa minkum....
asif....coz dh lame x update...i.allah dlm usaha utk memperaktikan fiqh aulawiayat...
masalah dalam mengurus masa masih lagi dlm proses....i.allah
ya Allah.....sampaikanlah umurku utk ramadhan yg akn dtg......
mengapa ramadhan kali ini terasa pendek sangat waktunya.....sedar tak sedar dh hari terakhir kt d bulan ramadhan....
let's check our self in madrasah ramadhan...........
cukupkah...amalan kt d bln ramadhan ini???
adakah kt betul2 m'manfaatkn ramadhan yg d lalui???
tepuk dada tanyalah iman....
jika d compare dgn shbt rasul dahulu.....
ramadhan ini bagaikan musim bunga @ dikenali bulan pesta ibadah...
setiap amal baik yg di lakukan pasti berlipat ganda ganjaranya..
dan...
bila d penghujung ramdhan....
sebak,pilu dan sedih dirasai bl mn ramadhan bakal meninggalkan mereka...
bkn mereka shj...malahan para malaikat juga turut bersedih....
krn...
tiada lagi bulan yg sehebat ganjarannya sprt bulan ramadhan..
tiada lagi rahmat,barokah n taubat yg di buka seluas-luasnya...
tiada lagi lailatul qadr yg di kejar...
and Now what happen with us???
bl ramadhan tiba....
kt rasai ramadhan yg di lalui...sangat meletihkan
penat,letih dan semakna dgnnya...
liat sugguh utk kt b'tadarus,b'qiam,b'tarawikh dan b'sedeqah...
sedangkan setiap amal baik yg dilakukan ini sudah pun dijanjikan oleh Allah...akan ganjarannya..
butakah kita?@pekak kah kt???
@adakah kita ini sudah di golongan..."summum bukmu um'yun fahum layarji'un"(al-baqarah:18)
mafhumnya:"mereka tuli,bisu dan buta, sehingga mereka tidak dapat kembali"
nauzubillahi minzaliq....
krn sambungan ayat ini merupakan....azab yg ditimpakn kpd org2 yg sengaja...m'butakn,m'bisukn dan m'mekakkan diri...dgn peringatan yg sudah d'peringatkan olehNya...
"...atau seperti(org yg ditimpakan) hujan lebat dr langit,yg disertai kegelapan,petir dan kilat. Mereka menyumbat telinga dgn jari2nya, (menghindar) suara petir itu kerana takut mati. Allah meliputi org2 yg kalir.."{al-baqarah:19}
tidakkah kita takut akn azabNya...
jika dilihat...umat kini lebih...suka meraikan pemergian ramadhan dengan m'bakar mercun...b'banding utk trus istiqamah qiam,tadarus...entah mn budaya yg di ambil...
lihatlah...
betapa jahilnya kt...
mungkin juga kt tahu....
tapi adakah i2 reason kt di hadapan Allah 9ti....
sesugguhnya hikmah dr bln ramadhan ini sebenarnya....
ingin melatih kita...utk sentiasa ikhlas..dlm setiap amal yg dilakukan
dan istiqamah dgn amal...
muhasabahlah kembali..
apakah mungkin kita tidak akn b'temu lagi ramadhan akn datang...
...............
the conclusion is....
so let's istiqamah with our ibadah until we death.............
insyallah....
salam rindu ramadhan...yg ditunggu lagi...
p/s: salam lebaran...buat semua sahabt2....serta istiqamahlah dlm b'amal...agar kt ini layak mendapat graduan ramadhan yg rabbani...mohon maaf dr zahir & batin
TAQABALALLAHU MINNA WA MINKUM........
Tuesday, August 3, 2010
suramnya...hidup tanpa iman
bertapak kembali di kolej...membawa semangat yg entah kuat entah tidak...
hari demi hari ku lalui,untuk sentiasa mencari kekuatan....di mana hilangnya
memag mudah ku lafaz setiap bait al-quran dan hadis dlm usrah mingguan d kolej...
tp jiwa yg ntah sihat ni...terseksa dengan kata-kata yg diucap,sebab susah sangat utk ku peraktikan dlm khdupan ini.....
perkongsian yg cukup ringkas dr lecture akaun kami...
setelah usai kami discus kemusykilan soalan akaun....lecture kami akhiri dengan sedikit perkongsian....sehinggalah ku sendiri mula menyapa kpdnya....
me: puan....susahkan kita nak b'amal dengan apa yg kita cakap...
takut sangat kalo kita ditanya balik olehNya..."Apakah kita b'amal dengan apa yg kita bicara kan..."
puan:"...hm...memang susah....tapi setiap apa yg kita bicarakan itulah peringatan untuk kita,biarlah apa yg kita bicarakan menjadi medan untuk kt b'amal"
huhuhu.....lame sangat x dengar....org bg peringatan pada diri yg lemah ni....
hm...jadikan medan yg diucapkan sebagai medan untuk kita b'amal...
Rasulullah s.a.w bersabda:
BALLIGHU 'ANIWALAU AYAH
"Sampaikanlah daripada aku walaupun satu ayat"
walaupun susah utk ku peraktikan...biarlah kekuatn yg berbaki mampu menyeru kpd yg lain..
agar terpercik biarpun sedikit...
p/s:setiap langkah ku susuri....sering ku cari di mana kekuatan ku untuk ku terus istiqamah di jln Mu....
hamba yang sentiasa memerlukan tarbiyah dariMU...
wallahu'alam
Tuesday, July 6, 2010
hari2 terakhir fil baiti
wahai pemuda!!!
DOA RABITAH
Ya Allah......
Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan
Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayaMu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami
Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma’rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela
Sunday, July 4, 2010
KEPADA PARA PEMUDA DAN SECARA KHUSUS KEPADA PARA MAHASISWA (IHAB)
Bismillahirrahmanirrrahim
"Katakanlah, 'Sesungguhnya aku hendak memperingatkan kepadamu satu hal saja, yaitu supaya kamu menghadap Allah (dengan ikhlas) berdua-dua atau sendiri-sendiri, kemudian kamu pikirkan (tentang Muhammad) tidak ada penyakit gila sedikit pun pada kawanmu itu. Dia tidak lain hanyalah pemberi peringatan bagi kamu sebelum (menghadapi) adzab yang keras.' Katakanlah, 'Upah apapun yang aku minta kepadamu, maka itu untuk kamu. Upahku hanyalah dari Allah. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.' Katakanlah, 'Sesungguhnya Tuhanku mewahyukan kebenaran. Dia Maha Mengetahui segala yang ghaib.' Katakanlah. 'Kebenaran telah datang dan yang batil itu tidak akan memulai dan tidak pula akan mengulangi. 'Katakanlah, 'Jika aku sesat maka sesungguhnya aku sesat atas kemudharatan diriku sendiri, dan jika aku mendapatkan petunjuk, maka itu adalah disebabkan apa yang diwahyukan Tuhanku kepadaku. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha dekat." (Saba': 46-50)
Wahai pemuda!
Saya panjatkan puji ke hadirat Allah, yang tiada Tuhan melainkan Dia. Semoga sholawat dan salam tetap tercurah kepada Muhammad, Imam para pembaru dan penghulu para mujahid; keluarga; sahabat; dan para tabi'in.
Wahai pemuda!
Sesungguhnya, sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan dengan kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang di jalannya, semakin bersemangat dalam merealisasikannya, dan persiapan untuk beramal dan berkorban dalam mewujudkannya. Sepertinya keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan dana amal merupakan karekter yang melekat pada diri pemuda, kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertaqwa, dasar semangat adalah perasaan yang bergelora, dan dasar amal adalah kemahuan yang kuat. Itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda.
Oleh karena itu, sejak dulu hingga sekarang pemuda merupakan pilar kebangkitan. Dalam setiap kebangkitan, pemuda merupakan rahsia kekuatannya. Dalam setiap fikrah, pemuda adalah pengibar panji-panjinya.
"Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk." (Al-Kahfi: 13)
Beranjak dari sini, sesungguhnya banyak kewajiban kalian, besar tanggungjawab kalian, semakin berlipat-ganda hak-hak umat yang harus kalian tunaikan, dan semakin berat amanat yang terpikul di pundak kalian. Kalian harus berfikir panjang, banyak beramal, bijak dalam menentukan sikap, maju untuk menjadi penyelamat, dan hendaklah kalian mampu menunaikan hak-hak umat ini dengan sempurna.
Ada di antara pemuda yang tumbuh dalam situasi bangsa yang dingin dan tenang, di mana kekuasaan pemerintah telah tertanam kuat dan kemakmuran telah dirasakan oleh warganya. Sehingga pemuda yang tumbuh dalam suasana ini aktivitinya lebih banyak tertuju kepada dirinya sendiri daripada untuk umatnya. Dia pun kemudian cenderung main-main dan berhura-hura kerana merasa tenang jiwanya dan lega hatinya.
Ada juga pemuda tumbuh dalam suasana bangsa yang keras dan bergejolak, di mana bangsa itu sedang dikuasai oleh lawannya dan dalam semua urusan diperbudak oleh musuhnya. Bangsa ini berjuang semampunya untuk mengembalikan hak yang dirampas, tanah air yang terjajah, dan kebebasan, kemuliaan, serta nilai-nilai agung yang hilang. Saat itulah kewajipan mendasar bagi pemuda yang tumbuh dalam situasi seperti ini adalah berbuat untuk bangsanya lebih banyak daripada berbuat untuk dirinya sendiri. Jika ia lakukan hal itu, ia akan beruntung dengan mendapatkan kebaikan segera di medan kemenangan dan kebaikan -yang tertunda- berupa pahala dari Allah swt.
Barangkali, merupakan suatu keberuntungan bagi kita bahwa kita termasuk pemuda kelompok kedua (yang dibesarkan dalam situasi keras dan bergejolak). Oleh karena itu, kedua mata kita pun terbuka di hadapan sebuah umat yang terus berjihad dan berjuang untuk mendapatkan hak dan kebebasannya. Bersiap-siaplah wahai para tokoh! Sungguh, alangkah dekatnya kemenangan bagi kaum mukminin dan alangkah besarnya keberuntungan bagi para aktivis yang tak henti berjuang.
Tuesday, June 22, 2010
Di mana Keikhlasan Kita dalam beramal??
Sunday, June 20, 2010
Seorang demi seorang di jemputNya........
INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI'UN..........msg yg telah ku dpt dr salah seorag sahibah..
Saturday, June 19, 2010
welcome..REJAB!!
Saturday, June 12, 2010
lemahnya...diriku...
jiwa..yg sakit...minta di bimbing,di tegur,di belai dan di basuh dgn mutiara yg sudah agak lame x d dgri...di minta utk di basuh dgn air mata keinsafan di kala ku b'tahajud...kpd mu...
pnat...lelah,jemu dan malas sering menyapa ku sejenak...mengapa aku bgitu mudah di perdaya dgn sume ini....tidak ku minta utk merasai sume ini...namun ini lah fitrah khdpn manusia....yg bl mn ia merasai ia krg di peringatkn...ttg matlamat khdpn kt d muka bumi ini as KHALIFAH...yg sbnrnya sudah krg sedar akan pertanyaan yg bakal d tanya olehNya kelak....ssgguhnya...umur mu i2 tidak diukur selama mn kamu hidup di dunia...ttp diukur akn brp bnyaknya amalmu..di dunia ini...
tidakkah kt sedar akn ketibaan akhirat i2 makin hampir dgn kt...
sering kali ku terbaca dr bait2 ayat al-quran..."ssgghnya hari kiamat itu amat hampir dgnmu.."
mengapa....ku terlalu leka akn khdpn dunia yg hanya sementara...cukup singkat sebenarnya..jika di bandingkan dgn khdpn yg kekal abadi....apakah ku mahu meminta kpdNya agar dikembali ke dunia balik kelak.. utk m'buat amal sebaik mungkin...krn d dunia dahulu...sngt ckit amal ku.....
mengapa..ku tidak sedari lg....
bngunlah...kmbali berjuang d medan!!!
=(.......
moga ape shj aktiviti mahupun progrm yg di ikuti di kelapangan masa...dpt m'tarbiyahkan diri yg lemah ini...
seiring dgn...dakwah yg d bawa...
mardhotillah yg utama..
wallahu'alam.......
Friday, June 11, 2010
pergi tak kembali
tanpa di sangka2 berita ini...x pnah dijangka utk di dgri...ku terima msg dr seorg shbh mira.."mai td maryam call dy nangis2...katanye..jannah dh meniggal..xcident ngan gocart kat langkawi...mohon mai gtau kat sume shbh2 kt d perlis ya...berat sngt mira nk 4ward berita ni...."
lahawlawalaqutaillahbilahilali'azim.........
terkejut.....
tp jannah mn????ku trus call mira....
salam..mira..nk tanya jannah mn ni???(musykil dgn berita yg dismpikn td)
mira: jannah sani...mai..(sedu)
aku: jannah sani!!!btui ka??jgn main2...jannah lain kut...(sukar sggh utk ku percayai..)
mira: btui mai....mira x tipu...(nangis)
aku:....tergamam.....k...lah mira..i.allah mai try smpikn kat shbh lain...assalamualaikum..
air mataku jatuh tanpa minta berhenti di pipiku....
Ya Allah....btui ka ni...
hm...btul sprt yg difirman olehMu:
"setiap yg mati i2 akn mati....."
terlalu muda kau pergi jannah....tp kau pergi dgn semangat juang yg kuat
misi n visi kau hanya utk m'bgnkn islam...
namun pergimu...sentiasa di iringan doa dr keluarga,murabbi dan sahabt2...
teringat ku dgn ayat2 yg sering kau ungkapi..."korg sume jgn lupe doakn jannah ye..."
sedarlah kalian....x sume yg hidup akn mati di usia tua....mati di usia tua itu hanyalah...BONUS utk kt...namun kematian itu sering memanggil kt....apakah kt sudah bersedia..menyusul..
maybe dgn kjutan pemergian allahyarham...mrupkn prigtn bg kt...bhwa mati i2..xdak menuggu walaupun sesaat.....
wallahu'alam...
Wednesday, June 2, 2010
QUNUT NAZILAH
Sunday, May 30, 2010
Bukalah mata wahai penduduk bumi...Allahuakhbar!!!
Monday, May 24, 2010
Sihat kah Hatiku???
Sunday, May 23, 2010
khilafku...
Saturday, March 6, 2010
Jihad jalan juangku......
Seruan As-Syahid Hassan Al-Banna(pesanan dan peringatan) - syeikh mustafa masyhur
....Cinta Buta...
Wednesday, March 3, 2010
Kenangi Maulidurasul
Friday, February 19, 2010
ku pohon..dari Mu
"jika kita tidak sibukkan diri dgn islam,