tarbiyah & dakwah....

"Tarbiyah bukanlah segala-galanya..tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah"
(Yusuf Al-Qadrawi)

Wednesday, March 3, 2010

Kenangi Maulidurasul


Alhamdulillah...syukur ke hadrat illahi kerana masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan hidup dengan merasai lagi nikmat iman dan islam.....coz kita kna always ingat tak sume yang hidup as islam dapt mati as islam gak.....
Maulidurasul kembali menyapa kita lagi....sedar tak sedar sambutan ini sudah menjadi teradisi sume orang muslim...tapi ramai mana yang menghayati maulidurasul ini....
Ayuh!!!!
kita renungi sebuah sirah yang ingin dikongsi bersama...



kelahiran baginda ketika di kota makkah amat mengembira seluruh kota makkah serta
membawa rahmat dan cahaya seluruh alam semesta
kerana telah lahirnya baginda untuk menyampaikan khabar berita yang baik...

"sesunguhnya aku diutuskan untuk memperbaiki akhlak"

namun perjuangan baginda mula berakhir apabila baginda dan seluruh umat islam kembali menakluk makkah...dan setelah usainya baginda dan seluruh umat islam makkah ketika itu melaksanakn tawaf wida' baginda terus jatuh sakit...sahabat-sahabat baginda yang rapat dengan baginda mula merasai bahawa baginda Rasulullah akan meninggalkan mereka....
perasaan itu dirasai oleh sahabat karib baginda iaitu saidina Abu Bakar as-siddiq
kerana beliau tahu apabila baginda mengatakan islam yang diajarnya itu sudah sempurna, itu bererti tugas baginda pun sudah selesai dan bakal meninggalkan mereka...kerana sudah tidak ada lagi wahyu yang akan diturunkan lagi....

pemergian baginda ketika itu amat memilukan seluruh penduduk madinah..
kesuraman dan kepiluan jelas terasa oleh seluruh penduduk madinah
Bilal Bin Rabbah yang ketika itu merupakan mua'zzin, sudah lama tidak mengazankan lagi penduduk madinah..sedih,pilu amat dirasai....
sehingalah sampai satu ketika beliau tidur lalu bermimpikan Rasulullah yang hadir menemuinya
lalu Rasulullah berkata "sudah lama engkau tidak menziarahi ku wahai Bilal"
Bilal lalu terjaga dari tidurnya...lalu dia memikirkan kembali mimpi tersebut...
memang sudah lama beliau tidak menziarahi makam baginda s.a.w....
kerinduanya yang teramat rindu megajak beliau pergi menziarahi makam baginda s.a.w
dingatnya kembali perjuangan beliau bersama baginda
menaikkan semangat beliau untuk kembali azan di kota madinah..
bahkan ketika itu....penduduk kota madianah juga amat meridui suara Bilal yang sudah lama mereka tidak dengari...
lafaz azan beliau membangkitkan kembali penduduk setempat ketika itu...
"apakah Rasulullah dihidupkan kembali???"
kedengaran sayu azan yang dilaungkan....namun azan itu hanya berhenti pada kalimah
"asyhaduallah ilahaillallah"
sedu dan tangisan kerinduannya....tidak dapat beliau teruskan...

lihatlah kalian betapa sedih dan pilunya pemergian baginda.
tidakkah kita renungi perjuangan baginda memperjuangkan aqidah islam..
sehingga kita bisa merasai nikmat tersebut iaitu nikmat iman dan islam
perjalanan dakwah baginda sentiasa berterusan sehingga kini....
namun fenomena kini banyak yang bertopengkan islam....
mereka mungkin tidak meminta...tetapi arus jahiliyah kini yang membentuk mereka..kerana islam tidak diambil secara syumul...

1 comment:

Free HTML Blog 4u