tarbiyah & dakwah....

"Tarbiyah bukanlah segala-galanya..tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah"
(Yusuf Al-Qadrawi)

Tuesday, June 22, 2010

Di mana Keikhlasan Kita dalam beramal??

Beribadah yang berhubung dengan Uluhiyah ini adalah kpd Allah semata2. Kerana itu alamat tauhid ialah LAILAAHA ILLALLAH. Berbeda dgn org yg mahu mengakui Rububiyah(ketuhanan) Allah tetapi dia tidak beribadah (menyembah Dia), atau mungkin dia juga menyembah Dia tetapi juga menyembah tuhan yang lain....

realiti yang dpt di lihat kini....ramai mn yg dpt b'ibadah dgn betul2 LILLAHI TA'ALA...
mmg sukar utk kt mencapai keikhlasan dlm b'amal...ttp dlm mencapai keikhlasan itulah JIHAD kt..

sebab kata Illah itu bererti: "sesuatu yang di sembah oleh hati dengan penuh kecintaan dan kebesaran, keagungan dan kemuliaan, takut dan pengharapan dan sebagainya"

suka di kongsi dr Murabbi2 Mithali di MATRI....Wahai putera puteri ingat!! element yang amat dipentingkan dlm b'amal ialah "MARDHOTILLAH", serta perbaiki niat kt...amal yang dilakukan perlulah hanya sanya pd Allah...
bak kata Sir Abdoh: "MARDHOTILLAH YANG UTAMA"


Ada tiga part niat yg perlu di update ketika b'amal :
1. sebelum kt melakukan amal tersebut
2. ketika kt melakukan amal tersebut
3. setelah selesai kt melakukan amal tersebut

begitu rapi penjagaan niat dlm b'amal...supaya amal itu terjaga dr Riya',Takabur dan Ujub

Ada sebuah sirah mengenai tajuk " IKHLAS"

Seorang sahabat bertanyakan Muaz bin Jabal (ahli fiqh) tentang satu hadis Nabi Muhammad s.a.w Muaz menangis seolah-olah beliau tidak mahu berhenti. Bila berhenti menangis beliau berkata " Bila teringat hadis ini, aku teringat pesan Rasulullah s.a.w yang berkata: "Jika sekiranya engkau ingat dan amalkan hadis ini, nescaya engkau akan mendapat manfaat daripadanya. Jika tidak , ia kan menjadi hujah kepada Allah Taala untuk menghukum kamu"

Sabda Nabi Muhammad s.a.w:
"Allah telah menjadikan tujuh lapisan langit. Sebelum itu dijadikan tujuh malaikat untuk menjaga setiap lapis. Setiap seorang yang membuat ibadah, amalnya akan dibawa naik oleh malaikat bumi melalui ketujuh-tujuh langit untuk direkodkan. Ketika naik, amalan itu bercahaya. Setiba di muka pintu LANGIT PERTAMA dan setelah diperiksa malaikat langit pertama berkata " bawa turun amalan itu dan pukul muka empunya. Dia solah, puasa dan beribadah tetapi dia suka MENGUMPAT". Jika lulus, amalan itu dibawa ke LANGIT KEDUA dan berjumpa dengan malaikatnya. Selepas diperiksa, malaikat berkata " bawa turun amalan ini kerana empunya mengharapkan GANJARAN".

Jika lulus, amalan ini akan di bawa ke LANGIT KETIGA dan berjumpa dengan malaikatnya. Selepas diperiksa, malaikat berkata " bawa turun amalan ini, walaupun nampak baik, tuan empunya ada SIFAT TAKABUR (ingkar perintah Allah)". Jika lulus, amalan itu dibawa ke LANGIT KEEMPAT dan berjumpa dengan malaikatnya. Setelah di periksa, malaikat berkata " bawa turun amalan ini, walaupun dia membuat amalan baik, dia mempunyai SIFAT UJUB (rasa lebih/rasa org lain lebih rendah daripadanya)". Jika lulus, amalan itu dibawa ke LANGIT KELIMA untuk diperiksa oleh malaikatnya. Setelah diperiksa, malaikat berkata "bawa turun amalan ini sebab ia ada SIFAT HASAD DAN DENGKI."

Seterusnya, amalan itu dibawa ke LANGIT KEENAM untuk diperiksa oleh malaikatnya. Ketika itu amalan itu bercahaya seperti bulan. Tetapi malaikat memerintah "bawa turun amalan itu kerana empunya mempunyai SIFAT BERASA SERONOK ATAS KEKECEWAAN ORG LAIN". Akhirnya, amalan itu di bawa oleh 3000 malaikat untuk berjumpa dan diperiksa oleh malaikat LANGIT KETUJUH tetapi kandas kerana tidak ada KEIKHLASAN".

Kesimpulan:

Semua ibadah hendaklah mula2 lagi diniatkan hanya untuk Allah tidak ada yang lain. Kalau tidak, menyesal kita nanti di akhirat ketika berjumpa dgn Allah. Pada ketika itu, di bawa amalanya berbentuk buah yang penuh diisi di dlm bakul lalu menghadap Allah. Setelah di periksa satu persatu buah2nya, nyatalah ada sahaja yang cacat seperti busuk,tidak masak,
masam dan sebagainya. Sebiji pun tidak boleh di makan. Pada ketika itu , Allah berseru "mana dia ibadah kamu untuk KU?". Begitulah ruginya ibadah tanpa keikhlasan. Sesal sesasalnya...

No comments:

Post a Comment

Free HTML Blog 4u