Alhamdulillah..syukur ke hadrat illahi, kerana masih lagi dipilih untuk menjadi hambaNya..to searching a MardhotillahSo...i would like to share about "CANDY"..anybody of u would like to "Tell me" about a flavour???...hm...manis ka??...masin ka??....pahit ka???so...kalo kita yang pernah rasa macam mana rasanya gula-gula mesti kita akan cakap.."rasa gula-gula mestilah manis.."..takkanlah masin,pahit kut..tapi macam mana pula dengan orang yang tak pernah rasa macam mana manisnya gula-gula..if kita citer je kat dia..agak-agak dia nak percaya x??ok la..habis kurang pun maybe dia tau la gula-gula tu manis..tapi mana mungkin nikmat manis tu dapat dia rasa...btul x??manisnyer gula-gula..hanya boleh ditafsir pada orang yang menikmatinya sahaja...
jadi samalah macam menikmati manisnya "IMAN"tak akan ada orang yang boleh cerita melainkan dia diberi keizinan untuk merasainya..contoh yang terbaik kita boleh lihat ialah "Rasulullah & Sahabat"..very nice story..kisah mereka ini dapat dirungkaikan dengan pelbagai ujian dan cabaran dalam menikmati manisnya IMAN
mungkin mustahil untuk kita menjadi seperti mereka..kemanisan Iman mereka masih dapat dirasai jika kita menghayati sirah liku-liku kehidupan mereka..keperluan penghayatan di dalam sirah amatlah penting,coz barulah kita boleh dapat rasai sakit,perit,sedih mereka..look like macam kita masuk dalam venture of Narnia..then why not we try masuk setiap kehidupan mereka..
satu kisah yang diriwayatkan..bila mana "Rasulullah merindui umat akhir zaman" ....
Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.
Wajahnya yang tenang berubah warna. "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran."Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah."Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara:"Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."
Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda:
"Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah."Malaikat," jawab sahabat.
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah, sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, " Para nabi.""Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka.""Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman, sedangkan aku berada ditengah-tengah kamu," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka."Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku.
Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah."Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.Begitulah nilaian Tuhan. Bukan jarak dan masa yang menjadi ukuran. Bukan bertemu wajah itu syarat untuk membuahkan cinta yang suci.
Pengorbanan dan kesungguhan untuk mendambakan diri menjadi kekasih kepada kekasih-Nya itu, diukur pada hati dan buktikan dengan kesungguhan beramal dengan Sunnahnya.Pada kita yang bersungguh-sungguh mahu menjadi kekasih kepada kekasih Allah itu, wajarlah bagi kita untuk mengikis cinta-cinta yang lain. Cinta yang dapat merenggangkan hubungan hati kita dengan baginda Rasulullah.
Selawat & salam buat junjungan mulia Rasulullah.s.a.w...
"Bersel
[hadis riwayat muslim]
sedih,seronok..bila bace citer ni..rasa dekat sangat Allah & Baginda dengan kita...so..apa yang boleh kita buat...kalo tidak menyumbang pada Islam pun paling kurang bantulah diri kita..kata Syeikh Qutb: "tegaklah Islam di dalam diri kamu, nescaya Islam akan tertegak di negaramu"akhir kalam..
Sabda Nabi SAW “ Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” (Hadis Riwayat At-Tarmidzi)
Moga kita dikumpulkan bersama gerabak perjuangan mereka...return to reflect..Astagfirullahal'azim..
Wallahu'alam..
No comments:
Post a Comment