tarbiyah & dakwah....

"Tarbiyah bukanlah segala-galanya..tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah"
(Yusuf Al-Qadrawi)

Sunday, February 24, 2013

KITA Tidak pernah ditingalkan

lamanya tak post, buzy + malas = ???
status study..sekarang dah jadi dak islamic finance..ramai yang bertanya, kenapa tukar kos??? kenapa x sambung account jek??? knp amik islamic finance???
asbab2 nya biarlah rahsia...^_^
.................................................................
buat pertama kalinya, rasa beruntung sangat..sebabnye every part of the subject sumenye kena buka quran..
Islamic Economic n Finance, Usul Fiqh,Waqaf dan B.Arab..very interesting, bukanyer apa time belajar account dulu xde plak buka quran..hehe..

time kelas usul fiqh..kami discuss pasal kenapa ada surah makkiyah n madaniyah yang di state di setiap surah?? so mcm biasalah surah madaniyah ni turun kat madinah dan surah makkiyah ni turun kat makkah...
simple kan?? tapi ada satu lagi perbezaannya, bila surah makkiyah..Allah akan seru kepada kita dengan ayat "YA AIYUHANASS.." tapi kalo surah madaniyah Allah akan seru pada kita "YA AIYUHALLAZHI NAAMANU.." tau x kenapa?? sebab time Rasulullah mendapat risalah di makkah dulu  belum ada lagi yang beriman, jadi Allah menyeru kepada semua manusia untuk beriman kepada DIA..dan masyarakat Arab ketika itu amat jahil..dan bila berhijrahnya ke madinah, umat islam semakin ramai dan islam mula tersebar di seluruh benua..maka ketika itu ramailah orang-orang yang memeluk islam..

subhanallah!! Allah menyusun setiap tahap mengikut kemampuan kita, Allah tidak pernah memaksa kita dalam mendidik..lihat sahabat2..penurunan surah makkiyah dan madaniyah merupakan aturan dan tarbiyah dari Allah yang sangat halus dan lembut...Allah tahu betapa teruk dan dasyatnya kita nak tinggalkan perkara maksiat yang sudah sebati di dalam diri..tapi Allah masih memilih kita untuk menerima tawaran yang hebat ini..Allah memberi kita peluang untuk membaiki segala kelemahan..walaupun kita ini masih lagi tidak bersih dari dosa..

T_T mengapa Allah terlalu baik dengan kita??? dan mengapa kita selalu mengabaikan Allah??
walaupun sakit dan penat mencuci dosa yang tak pernah hilang ni..Allah still menemani kita dan menjaga setiap keperluan kita..

jangan pernah rasa berkurang dengan satu nikmat, kerana masih banyak lagi nikmat yang diberi..
so, jom kita sama2 perbaiki CINTA antara kita dan Allah..supaya melebihi dari cinta apa pun

'Fazkuruni Azkurkum Wasy Kuruli Wala Takfurun
Al-baqarah:152
"When do ye remember Me I will remember you. Be grateful to Me, and reject not Faith."

Wednesday, January 2, 2013

Dilamar???


Post kali ni...bukan nak gtau yang admin dah dilamar heheh..
tapi nak cter pasal...lamaran untuk mendapat jaminan bahgia..
Hm..Bahgia menjadi hamba Allah??

sebenarnya...rata2 dalam kehidupan kita...
kita sume ni memang dah dilamar dari alam rahim lagi...
dan yang wujudnya kita hari ni sebenarnya atas persetujuan lamaran di dalam alam rahim tadi..
namun sejauh mana kita membuktikan dan menjaga lamaran yang lagi Agung itu..

"Tarbiyah itu bukanlah segala-galanya..namun segala-galanya bermula dengan tarbiyah"
wahai pendosa2 dan bakal2 ahlul kubur...
one of the point we should be more concern..
"jangan berkira dengan Allah kalo kita tak nak Allah berkira dengan kita"
 saya percaya rata2 dalam kehidupan kita mesti ada yang pernah dilamar untuk hadiri majlis ilmu,usrah atau halaqah..
dan ada dikalangan kita yang tak pernah sekali pun join..
dan ada dikalangan kita nak join tapi memang cbuk sangat n lastly memang tak pergi
dan ada di kalangan kita yang pergi tetapi jiwanya di tempat lain, coz p atas dasar wajib,terpaksa dan sebagainya,
dan ada di kalangan kita yang pergi dan mendapat input untuk dipraktikkan walaupun dalam keadaan sibuk dan sebagainya..

sedikit  perkonsian dari pakar jantung Malaysia:
"tanpa usrah dan tarbiyah mana mungkin dia mampu berdiri sebagai seorang pakar jantung.."

kata-kata pejuang alim ulama' terdahulu:
"kejarlah Akhirat,nescaya dunia pasti ada ditanganmu"

Dan bila Allah berfirman : 
"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah,
nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya.
Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah,
nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya.
"
(Surah At-Thalaq: 2-3)
see...ni sume pakej...
pilihla Allah dan Akhirat yang kekal, nescaya seisi dunia ini akan menjadi milik kita..

jadi sesibuk mana pun kita..kita masih perlu tunaikan hak kita bersama Allah..
yakinlah dengan kalimah Allah..nikmat itu akan tersalur kepada orang yang Bertawakal..

for those yang dah dilamar..
janga segan2,malas2 untuk pergi ke taman syurga (majlis ilmu,usrah,halaqah)
moga terus istiqamah ya!!

tujuan usrah/halaqah adalah kekuatan untuk kita menjadi baik kepada yang lebih baik..
kita tidak akan mampu berdiri seorang diri walau dalam kebaikan seandainya kita jauh dari Allah.
kecapilah bahgia dalam taman syurga bersama sahabat2 yang lain..

curahilah masa yang ada untuk Allah..Ingat!! jangan berkira dengan Allah..
and always remember dengan janji Allah (At-Thalaq:2-3)

tiada apa yang terbaik melainkan menyampaikan kalam Mu Ya Allah..
Ku pohon agar diberi kekuatan untuk beramal dengan setiap bait2 yang dinyatakan
Astagfirullah..
Return to Progress..



Sunday, December 30, 2012

Miliki Jiwa yang BESAR

Sungguh ujian itu sangat memeritkan...
ada orang yang diuji..makin kental jiwanya..
namun ada juga yang diuji menjadi semakin jauh dariNya..
 mengapa perlu menjadi orang yang diuji itu jauh dari RahmatNya...
Mengapa?????

jika diberi pilihan..tiada siapa pun nak lari dari RahmatNya..
tetapi kepedihan dan keperitan ujian dijadikan punca sebagai alat protes manusia...
........
jangan salahkan perasaan yang pinjamkan...
sume itu nikmat menjadikan kita kental dan melahirkan jiwa yang besar..
...........
sungguh!!! teramatla sukar itu membuang perasaan benci pada orang yang disayangi..
namun..perasaan itu sebenarnya boleh dibuang...cuma pilihan itu ada ditangan kita..nak atau tak nak ja...
actually...
sedih teramat bila...dilanda persaan macam tu..sayang + benci..
dan menjadikan insan biasa sukar menerima keadaan ujian dan sebagainya..

and the same time kalaulah Rasulullah tahu kita jadi yang pendendam sedemikian rupa..
mesti Baginda sedih...coz bukan umat sedemikian rupa yang Baginda rindukan....
Sungguh!!! ujian Baginda itu lebih besar dari kita...
mengapa perlu menjadi yang lemah,mandom,pendendam dan sebagainya....

pilihlah Bahgia dalam hidup...
berlapang dada dalam setiap ujian, redha akan ketentuanNya, sabar dalam mengharungi setiap ujian,
sentiasa hidup bersamaNya dan kekasihNya..

Terpilih menjadi khalifah bukanlah pilihan kita...tetapi dipilih dengan penuh kasih sayang ini merupakan anugerah Pencipta yang paling besar..
dan dipilih menjadi umat akhir zaman juga bukanlah pilihan kita..tapi sungguh al-Haq itu tahu di mana tempat yang lebih baik untuk kita diuji...

mungkin kita rasa tertinggal dan rugi..kerana tetinggal ke belakang jauh dek zaman yang lampau
terasa tidak dipilih menjadi golongan awal bersama Rasulullah dalam berjuang..menjadi antara yang syahid di dalam peperangan..seperti Abu Ubaidah, Mus'ab Bin Umair,Sumayyah...

Dan sebenarnya ujian mereka berganda2 lebih hebat dari kita...mengapa lagi perlu menjadi yang lemah andai mereka yang hebat ini mampu harungi dengan steady..

takut,cemburu dan sedih.. bila ada tiga golongan yang akan dibangkitkan kelak...

A007
Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);
A008
aitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?
A009
Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?
A010
Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);
A011
Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),

nak jadi asabiqul na awwalul(golongan awal) dah x sempat..coz dipilih menjadi umat akhir zaman..
nak jadi golongan kanan..terasa banyak sangat amal yang belum tentu ikhlas dan diterima..
dan takut sangat terpilih menjadi golongan kiri..sebab diri ini terlalu lalai dan leka dengan pinjaman nikmatNya..na'uzubillah

jangan rasa RISAU...sebenarnya kita masih ada peluang menjadi umat asabiql na awwalul
tapi dengan bersyaratkan membuang habit cintakan dunia dan mengejar cinta Allah..
inilah syarat yang dilalui oleh para sahabat dan salafulsaleh...
[buku: Jundullah-Said Hawa]
see...sebenarnya kita tak tertinggal ke belakang pun..cuma pilihan kita menjadikan kita tertinggal jauh ke belakang..

nak menjadi yang terpilih lagi terpilih...lalui lah ujian yang hebat ini dengan penuh redha dan sabar seperti salafulsaleh terdahulu..
kata alim ulama':
"sahabat-sahabat nabi itu umpama bintang di langit, pilihlah bintang-bintang itu untuk dijadikan ikutan,kerana mereka adalah hasil didikan Rasulullah pada awal kegemilangan islam dahulu"

Pilihan masih ditangan kita..selagi mana nyawa masih dikandung badan..
but Remind!!! mati juga tidak menunggu kita..

Return in Progress..

Wednesday, September 26, 2012

Raya2..yang dulu 2012

Raya2..yang lalu...
genap seminggu beraya...geng DIA(Diploma In Accountancy) yg practical hr tu sume pakat nak siapkan report, daily report n slide present..seronok plak time tu...heheh ye la...skang ni kan dh jadi penganggur terhormat...plus jadi driver BAS SEKOLAH..adik2 kat umah nie..

by the way actually post kali ni..just nak share pasal raya2 pose yang dah berlalu..heheh..lambatnyer post..dah habis raya baru nak post..ish2..actually admin dah malas sangat nak update blog..cuma kali nie mood rajin tu datang balik..huhu...^__^

Raya2 kami..alhmdulillah cukup seadanya...xde la nak gempak sangat..cuma makin tahun bila raya dah xde langsung home made cookies..cuma buat kat kedai ja...sebab sume nak cbuk p 'itiqaf n tadarus..
when my mom said:"Mama x mau dh buat2 kuih raya nie..mama dh x larat"..ktorg pun same like mama..heheh..sebab 'itiqaf kat masjid Alwi Kangar tu start 2.30 sampai subuh..so, bila dah pagi...sambung tdoq sat pas2 pulon nk peghabih juzu'...actually anak2 dara mama ni boleh je nak buat, tapi cookies mookies ni agak leceh...so ktorg sume decide nak buat kek ja...coz senang skali masak ja..ngee

 one happy family at home

lepas seminggu raya...admin n other member berangkat ke bumi Beranang utk hantar report n presentation
lama sangat x jumpa member seangkatan so, agak riuh la ckit..masing2 cter psl practical..ada yang hari2 kena marah n hari2 nangis..heheh btwy..tu sume asam garam kehidupan utk mematangkan diri...

 hang out together...
hari2 kitorg g raya2..penat seh!! tapi alhamdulillah..best sangat , berjalan di bumi Allah ini tidak pernah merasa bosan disamping kita mengeratkan ukhuwah dengan ziarah menziarahi..
indahnye berukhuwah kerana Allah..

Malaysia ni memang terkenal dengan sambutan hari raya selama sebulan..tak salah kalo kita teruskan tradisi menyambut raya2 ni sebulan..coz time ni la kita b'kesempatan utk menziarahi saudara2 n sahabat2 yang jauh..amalan ziarah menziarahi ni sangat la dituntut..coz ini la connection kita utk sampai tahap kesempurnaan iman..bila kecintaan pada sahabat yang lain amat kita kasihi lebih dari diri kita sendiri..

Rasulullah bersabda:
"La yu'minu ahadukum hatta yuhibbu li akhihi ma yuhibbu linafsih"
Maksudnya : "Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti dia   mengasihi dirinya sendiri".
[Riwayat Bukhari & Muslim]
 to all my beloved sis: miza,dayah,eyka,fikah,elly,fina n fiqah...
moga Allah sentiasa memberi kebaikan di dunia n akhirat...luv u all so much ketat2 coz Allah
"Ingatlah Allah dalam keadaan senang nescaya DIA pasti mengingati kita dalam keadaan susah"

Wallahu'alam..
26/9/2012-12.28 a.m...
gud nyte..^_^
janga lupa baca al-mulk b4 tdoq..

Wednesday, September 5, 2012

Istikharah..

no words..can I say..
just pray...
moga Allah perteguhkan hati ini serta yakin akan pilihan ini....
pilihkan aku pilihan yg terbaik ya Allah..-_-
don't leave me alone..Allah Ya Allah Guide me all the way to ur Jannah..
need u..love u...(my love Allah)

Tuesday, August 7, 2012

Travelog Ramadhan

Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerana kita hari ini masih lagi diberikan peluang untuk terus dan berusaha menjadi hamba Allah yang Rabbani (penisbatan diri dan kuatnya hubungan seorang hamba dengan Allah)




selesai sudah program 3R "Remaja Raikan Ramadhan" buat kali ke-2 yang dianjurkan oleh adinda2 KPMB..buat kali pertama kalian bergerak sendirinya Alhmdulillah berkat doa,tawakal dan keikhlasan Allah permudahkan segala urusan sepanjang program, walaupun terdapat sedikit kekuranggan dalam menjalankan program..apa2 pun tu semua pengalaman n softskill...







jutaan terima kasih juga buat Family OC..yang sudi mengembling tenaga dalam menjayakan program, penatnyer memasak dari pagi sampai ke petang..Masyallah hebat sangat kalian..



“Seorang mukmin yang memberi makan mukmin yang lapar, kelak Allah akan memberi makan kepadanya daripada buah-buahan syurga, dan barang siapa yang memberi minum seorang mukmin, maka kelak Allah akan memberi air minum dari syurga” (Hadis Tirmidzi)

“Barangsiapa yang memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang seperti orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun.”

 (Hadis Tirmidzi, Ahmad & An-Nasa’i)

Program bermula dengan aktiviti pendaftaran dan taklimat serta pengenalan fasilitator, dan disertai dengan aktiviti tadarus al-quran bersama dengan fasilitator.
slot KAU dan aku Ramadhan..
telah diketuai semua fasilitator sahabat..
perkongsian yang amat menarik...madrasah Ramadhan yang hadir mengajar kita untuk berusaha menjadi hamba Allah yang bertaqwa...seperti yang diceritakan oleh  Ubai Bin Ka'ab kepada Umar Al-khattab
"Apa itu taqwa?" tanya Umar al-Khattab kepada Ubai bin Ka'ab Radhiyallahu 'anhuma.
"Pernah kamu susuri jalan yang penuh duri?" balas Ubai dengan suatu pertanyaan yang menduga.
"Pernah saja," jawab Umar.
"Apa yang kamu lakukan?" pintas Ubai.
"Aku angkat sedikit pakaianku, dan melangkah dengan hati-hati," jawab Umar lagi.
"Itulah taqwa!" simpul Ubai bin Ka'ab terhadap soalan Umar al-Khattab tentang taqwa.
begitulah dalam kehidupan dunia kita ini....cabaran dan ujian dunia haruslah kita tempuhi dengan hati-hati agar iman kita tidak tercalar akibat dek duri dunia...
dan kenapa Ramadhan sering dikaitkan dengan Taqwa...
sebab bulan Ramadhan ialah bulan yang telah dilipat-lipat gandakan ganjaran pahala serta melatih kita untuk konsisten dalam beramal dan semua ini melahirkan Taqwa kepada Allah..
di Samping itu, kami turut diingatkan agar tidak menjadi hamba Ramadhani..tetapi jadilah Hamba Rabbani...n jangan lupa habiskan duit time bulan Ramadhan..(banyakkan b'sedeqqah)  ^__^
dan jangan lupa..jangan bazirkan makanan..if kita bazirkan makanan, ini seolah-olah seperti kita mengejek saudara2 kita di somalia..Masyallah..(*_*)

diskusi perjalanan dari perlis-kajang bersama sahabat2...
apa bezanya orang2 beriman dengan orang2 bertaqwa??
....orang beriman ini dipanggil bila mana, kalimah syahadah itu disebut maka jadilah dia seorang muslim..namun begitu dalam mehnah kehidupan hari ni, kita tetap di panggil dalam al-quran.."ya ayyuhal mu'minun.." walaupun secetek mana pun iman..Allah tetap memanggil kita dengan pangkat yang tinggi..Masyallah tingginya sayang dan cinta Allah pada kita...
dan bagaimana pula orang2 b'TAQWA??
kita semua orang beriman, tapi yang membezakan kita semua dihadapan Allah kelak ialah TAQWA...sejauh mana ukuran taqwa kita dihadapan Allah, hanya kita dan Allah saja yand dapat dirasai..yang mana bila seorang muslim itu always beware apa sahaja yang dia buat coz dia tau Allah sentiasa memerhati dan mengetahui setiap gerak-gerinya (Muraqabatullah)
dan kenapa mesti dikaitkan dengan RAMADHAN...
sebab Ramadhan ialah bulan gandaan pahala...yang mana melatih kita menjadi hamba yang sentiasa berlumba-lumba membuat kebaikan dan berusaha mendekatkan diri kepadaNya..ini sumuanya jalan-jalan untuk mendapat Taqwa...melatih kita menCINTAi Allah dan mensyukuri segala nkmatNya..
kata Imam Al-Maududi: tidak pernah sekalipun Allah memaksa kita untuk mengakui bahawa nikmat yang dirasai hari ini datang dariNya..tetapi Allah menunggu kita mengakui dan sedar akan setiap nikmat yang kita rasai adalah milikNYa...
Masyallah sahabat2...sayangnya Allah pada pendosa..nikmat yang diberi tanpa putus ini sentiasa dikurniakan untuk menyedarkan kita bahawa tiada satu pun di dunia ini milik kita..

sepanjang perjalanan kami menaiki bas ETIQA beserta doa,banyak yang kami berempat kongsikan...huhu..semua b'kongsi takut nak jadi fasi esk utk program 3R...heheh...sampai ja KPMB bila dah jumpa adik2 di KPMB, bukan main rancak dan mesra lagi tu..
usai kami berprogram di bumi Beranang..
perjalanan kami diteruskan ke destinasi seterusnya..ke Kem BUMI Jati, Shah Alam..
Subhhanallah...syukur sangat terasa sangat Allah memanggil dan menjemput untuk menghadiri majlis ilmu ini..program berlangsung selama 5 hari, dari hari Sabtu-Rabu..tapi kami join hari Ahad-Isnin ja..walaupun kejap..input yang dicatat hampir memenuhi 1 buku...so lain kali bawak extra book ok..hheheh
sedikit yang dapat dikongsikan,
petikan dari salah seorang ulama': sahabat-sahabat nabi itu umpama bintang-bintang di langit, petiklan salah satu untuk dijadikan idol hidup dalam kehidupan seorang muslim.
berbalik dalam kehidupan sirah, rangka perjalanan mereka terlalu hebat..mereka diuji dengan kepayahan dalam menegakkan iman dan aqidah...banyak contoh sahabat nabi yang dapat kita contohi..seperti perjalanan hidup seorang pemuda yang bernama Mus'ab Bin Umair, pemuda bangsawan yang kacak telah meniggalkan segala kekayaan demi memiliki iman dan aqidah, sehinggakan kain untuk menutupi jenazah beliau tidak mencukupi..
serta banyak lagi yang dapat kita contohi..sekiranya kita mula mencintai untuk membaca sirah..
perjalanan kami bakal berakhir..dengan perjlanan kami dari Shah alam- Kangar, jazakillahkhair pada adinda wani yang hantar ktorg ke stesen bas. Walaupun begitu,perkongsian kami tidak pernah berhenti..perkongsian diteruskan sehingga kami terlena dibuai mimpi..
Subhanallah nikmatnya berukhuwah..
moga Allah kekalkan ukhuwah ini hingga ke syurga..
jutaan terima kasih dan jazakumullahkhair buat family OC, Kamsis serta fasilitator sahabat/sahibah
moga segala usaha kita bersama dikira sebagai pemberat mizan kelak..
Wallahu'alam...
Travelog Sabah bakal menyusul...Fatimah,Fairuz,Jalillah....or others sahibah nk join skali? ^_^

Friday, June 15, 2012

Jom jadi Hero.....


Nak jadi Hero pa?? Shah Rukh Khan..Lee Min Hoo...Ip Mann..ha pa lagi...heheh by the way  Ip Man tu I suka..coz teringin sangat satu hari nanti boleh belajar kung fu..huhuh..berat-berat..xpelah kalo xdapat belajar kungfu, tapi nak cari suami yang pandai kungfu boleh??heheh..


Ingat lagi x..sejarah form1,2,3,4,5...kali ni sume topik dari form 1-5 digabungkan menjadi satu = pengajian Malaysia..heheh ingatkan dah habis belajar sejarah dan x perlu nak menghadap sejarah lagi..alih2 kena amik subjek Pengajian Malaysia..eheh redha2...sejarah mengajar kita supaya pelajari semangat perjuangan serta kesilapan Orang Melayu pada masa lalu..
u know pasal Melaka mula jatuh ke tangan penjajah...yang mana ketika itu Melaka di perintah oleh Sultan Mahmud Shah dan kematian Tun Perak juga mengugat pemerintahan ketika itu..fitnah mula tersebar, kenaikan cukai makin tinggi, pepercahan rakyat jelata..
 heheh...bukan nak suruh belajar sejarah hari ni ^_^...
tapi saje nak flashback, melihat bagaimana penjajahan barat mula bertapak di tanah melayu..
bermula dengan peperangan hinggalah hari ni..kita masih lagi dijajah...dijajah dengan pemikiran, walaupun hampir 55 tahun Malaysia Merdeka..
kita merdeka hanya sekadar fizikal sahaja tetapi pemikiran kita masih dikuasai oleh mereka...


jom kita buka minda bersama...
lihat sekeliling masyarakat kita dan juga diri kita..
kita merupakan mangsa jajahan fikiran, mungkin kita tidak terluka berdarah seperti pejuang Tanah Melayu dahulu; Dato Maharajalela, Dol Mad Said....
tetapi fikiran kita sudah dicincang halus tanpa kita sedari..
Seburuk-buruk kesan yang kita terima dari serangan penjajahan barat ini ialah jatuhnya kita ke dalam lembah kehinaan yang amat ketara dari sudut kelemahan fikiran, keruntuhan moral dan peniruan kebudayaan barat.


see.........inilah kita hari ini!!
kita telah disuap dengan taktik kotor musuh, 



1) Merombak sistem pelajaran dan pendidikan.
2)Menukar dan menghapus bahasa tempatan umat Islam dengan mengunakan cara yang halus.
3) Membentuk angkatan baru yang buta (jahil) Islam.Mereka ini jahil tentang asas utama akidah, syariat,sejarah Islam yang agung dan tamaddun mereka yang hebat.Cara-cara berfikir dan pandangan mereka terhadap perilaku sesuatu itu mengikut kacamata materialisma barat.

kita telah diperkenalkan pelbagai Model-model yang cantik, yang kononnya elok di mata kita..

MENIRU GAYA HIDUP BUKAN ISLAM
1) Mereka menganggap bahawa bahasa sendiri adalah satu keaiban sementara bercakap dalam bahasa penjajah satu kebanggaan bagi mereka.
Ada pula orang-orang Islam yang merasa bangga kerana mereka menyeleweng dari landasan Islam; disebabkan kebutaan mereka terhadap hukum-hukumnya.
2) Meniru pakaian dan fesyen penjajah. Sedangkan penjajah tidak pernah suka memakai pakaian orang-orang Islam.
3) Meniru cara makan atau minum dan adat istiadat penjajah dalam semua aspek – kecil dan besar serta merpertahankan cara hidup barat dan mengikut semua peninggalan mereka.

Hari ini juga  telah berlaku...
TEKNIK MENGANGKAT TARAF ORANG YANG JAHIL TENTANG ISLAM
-Diberikan kedudukan yang tinggi dalam masyarakat,jawatan di pejabat rasmi pentadbiran  samada sebagai pegawai awam atau tentera.
-Mereka mendapat keistimewaan dalam lapangan politik dan sosial.
-Kemudian mereka inilah yang menjadi pelopor gerakan politik dan mereka jugalah dipilih sebagai wakil ke parlimen.
-Apabila negara-negara Islam mencapai kemerdekaan,ketika itu jadilah mereka sebagai pengganti penjajah di bumi ummat Islam.

pernah tau tak citer pasal Raja Richad... ketika peristiwa Sollahuddin Al-Ayyubi menawan Baitul Maqdis..
Raja Richard telah ditawan oleh tentera islam..dan masih diberi layanan yang baik,
dan setelah Raja Richard dibebaskan, dia menceritakan pengalaman beliau kepada kenalan sekelilingnya..
Raja Richard:
"Mereka mempunyai pemuda-pemudi yang kuat agamanya, mereka juga mempunyai akhlak yang sangat baik..
saya diberi layanan yang sangat baik.."
kata Raja Richard..susah untuk kita kalahkan Islam jika mereka mempunyai pemuda-pemudi yang kuat pada agamanya, dan mempunyai akhlak yang baik..
hasil dari segala pakatan, maka mereka memutuskan untuk mencipta serangan melalui pemikiran..
 [history dia lebih kurang macam tu]

maka inilah kita hari ini yang makin jauh dengan Islam..
sedarlah wahai mangsa penjajah...kita masih lagi terikat sistem jajahan,dirosak dengan pelbagai ideologi..
let's come up together!!! dekatkanlah diri kita kembali kepada agama, letakkan kembali cinta Allah yang utama...kita mungkin tak boleh nak membantu saudara kita di Palestin,Syria,Myanmar dan negara-negara islam yang lain secara fizikal..tapi kita boleh mulakan dengan update diri kita dengan access system Islam dalam diri kita..buang virus2 jahiliyah..
kalo boleh promote system yang mana lagi the best..untuk accese system cepat cikit..starting with Allah always..oceh!!!  
jom!!! jadi Hero Islam

Hasil rujukan dari :Tanggungjawab Pemuda Islam Hari ini- Abul A’la Al-Maududi
actually banyak lagi yang dikupas..tapi saya cter ckit ja..if nak infm lebih lagi..tenggok rujukan di atas..^_^
maaf jika terdapat sebarang kesalahan dan kekurangan...asif jiddan

Wallahu'alam..
Return to Progress..





Free HTML Blog 4u