tarbiyah & dakwah....

"Tarbiyah bukanlah segala-galanya..tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah"
(Yusuf Al-Qadrawi)

Friday, June 15, 2012

Jom jadi Hero.....


Nak jadi Hero pa?? Shah Rukh Khan..Lee Min Hoo...Ip Mann..ha pa lagi...heheh by the way  Ip Man tu I suka..coz teringin sangat satu hari nanti boleh belajar kung fu..huhuh..berat-berat..xpelah kalo xdapat belajar kungfu, tapi nak cari suami yang pandai kungfu boleh??heheh..


Ingat lagi x..sejarah form1,2,3,4,5...kali ni sume topik dari form 1-5 digabungkan menjadi satu = pengajian Malaysia..heheh ingatkan dah habis belajar sejarah dan x perlu nak menghadap sejarah lagi..alih2 kena amik subjek Pengajian Malaysia..eheh redha2...sejarah mengajar kita supaya pelajari semangat perjuangan serta kesilapan Orang Melayu pada masa lalu..
u know pasal Melaka mula jatuh ke tangan penjajah...yang mana ketika itu Melaka di perintah oleh Sultan Mahmud Shah dan kematian Tun Perak juga mengugat pemerintahan ketika itu..fitnah mula tersebar, kenaikan cukai makin tinggi, pepercahan rakyat jelata..
 heheh...bukan nak suruh belajar sejarah hari ni ^_^...
tapi saje nak flashback, melihat bagaimana penjajahan barat mula bertapak di tanah melayu..
bermula dengan peperangan hinggalah hari ni..kita masih lagi dijajah...dijajah dengan pemikiran, walaupun hampir 55 tahun Malaysia Merdeka..
kita merdeka hanya sekadar fizikal sahaja tetapi pemikiran kita masih dikuasai oleh mereka...


jom kita buka minda bersama...
lihat sekeliling masyarakat kita dan juga diri kita..
kita merupakan mangsa jajahan fikiran, mungkin kita tidak terluka berdarah seperti pejuang Tanah Melayu dahulu; Dato Maharajalela, Dol Mad Said....
tetapi fikiran kita sudah dicincang halus tanpa kita sedari..
Seburuk-buruk kesan yang kita terima dari serangan penjajahan barat ini ialah jatuhnya kita ke dalam lembah kehinaan yang amat ketara dari sudut kelemahan fikiran, keruntuhan moral dan peniruan kebudayaan barat.


see.........inilah kita hari ini!!
kita telah disuap dengan taktik kotor musuh, 



1) Merombak sistem pelajaran dan pendidikan.
2)Menukar dan menghapus bahasa tempatan umat Islam dengan mengunakan cara yang halus.
3) Membentuk angkatan baru yang buta (jahil) Islam.Mereka ini jahil tentang asas utama akidah, syariat,sejarah Islam yang agung dan tamaddun mereka yang hebat.Cara-cara berfikir dan pandangan mereka terhadap perilaku sesuatu itu mengikut kacamata materialisma barat.

kita telah diperkenalkan pelbagai Model-model yang cantik, yang kononnya elok di mata kita..

MENIRU GAYA HIDUP BUKAN ISLAM
1) Mereka menganggap bahawa bahasa sendiri adalah satu keaiban sementara bercakap dalam bahasa penjajah satu kebanggaan bagi mereka.
Ada pula orang-orang Islam yang merasa bangga kerana mereka menyeleweng dari landasan Islam; disebabkan kebutaan mereka terhadap hukum-hukumnya.
2) Meniru pakaian dan fesyen penjajah. Sedangkan penjajah tidak pernah suka memakai pakaian orang-orang Islam.
3) Meniru cara makan atau minum dan adat istiadat penjajah dalam semua aspek – kecil dan besar serta merpertahankan cara hidup barat dan mengikut semua peninggalan mereka.

Hari ini juga  telah berlaku...
TEKNIK MENGANGKAT TARAF ORANG YANG JAHIL TENTANG ISLAM
-Diberikan kedudukan yang tinggi dalam masyarakat,jawatan di pejabat rasmi pentadbiran  samada sebagai pegawai awam atau tentera.
-Mereka mendapat keistimewaan dalam lapangan politik dan sosial.
-Kemudian mereka inilah yang menjadi pelopor gerakan politik dan mereka jugalah dipilih sebagai wakil ke parlimen.
-Apabila negara-negara Islam mencapai kemerdekaan,ketika itu jadilah mereka sebagai pengganti penjajah di bumi ummat Islam.

pernah tau tak citer pasal Raja Richad... ketika peristiwa Sollahuddin Al-Ayyubi menawan Baitul Maqdis..
Raja Richard telah ditawan oleh tentera islam..dan masih diberi layanan yang baik,
dan setelah Raja Richard dibebaskan, dia menceritakan pengalaman beliau kepada kenalan sekelilingnya..
Raja Richard:
"Mereka mempunyai pemuda-pemudi yang kuat agamanya, mereka juga mempunyai akhlak yang sangat baik..
saya diberi layanan yang sangat baik.."
kata Raja Richard..susah untuk kita kalahkan Islam jika mereka mempunyai pemuda-pemudi yang kuat pada agamanya, dan mempunyai akhlak yang baik..
hasil dari segala pakatan, maka mereka memutuskan untuk mencipta serangan melalui pemikiran..
 [history dia lebih kurang macam tu]

maka inilah kita hari ini yang makin jauh dengan Islam..
sedarlah wahai mangsa penjajah...kita masih lagi terikat sistem jajahan,dirosak dengan pelbagai ideologi..
let's come up together!!! dekatkanlah diri kita kembali kepada agama, letakkan kembali cinta Allah yang utama...kita mungkin tak boleh nak membantu saudara kita di Palestin,Syria,Myanmar dan negara-negara islam yang lain secara fizikal..tapi kita boleh mulakan dengan update diri kita dengan access system Islam dalam diri kita..buang virus2 jahiliyah..
kalo boleh promote system yang mana lagi the best..untuk accese system cepat cikit..starting with Allah always..oceh!!!  
jom!!! jadi Hero Islam

Hasil rujukan dari :Tanggungjawab Pemuda Islam Hari ini- Abul A’la Al-Maududi
actually banyak lagi yang dikupas..tapi saya cter ckit ja..if nak infm lebih lagi..tenggok rujukan di atas..^_^
maaf jika terdapat sebarang kesalahan dan kekurangan...asif jiddan

Wallahu'alam..
Return to Progress..





Wednesday, June 13, 2012

Walimatulurus....

heheh..tajuk Walimatulurus ini berat...
bukanlah bertujuan untuk invite pembaca ke walimatulurus saya..hehe yang pasti lambat lagi, hm..lambat dengan perkiraan masa,hari,bulan dan tahun..heheh^_^
actually..ramai sahabat2 saya yang akan walimah..buat masa ni hampir 6 orang..bt the way yang lain coming soon..tengah tunggu turn sape plak lepas ni..
bila cakap pasal kahwen ni...takut sangat..takut tak bahgia..takut bila jadi macam masyarakat sekarang..dipukul,tidak diberi nafkah n macam-macamlah..huhu 
sapelah aku nak menentukan bahgia @ tidak..
bukankah bahgia ni milik Allah...
ingat senang nak kahwen??..just look it pasangan kita tu handsome@cantik ke tak??cukup agama x??pandai masak?mengemas?? sume tu bukan pakej yang lengkap lagi...
first..
bermula dengan diri sendiri..kerana corak pasangan kita mungkin berdasarkan personaliti diri kita

Firmannya:

"Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."
[surah An-nur:26]



Teringat plak time kupasan Maza ya'ni Anutil Islam(apa ertinya saya menganut islam) bersama Sir Naser time form 5 dulu..
tajuk Muslim dari segi Keluarga..terdapat 3 isi dari tajuk tu,
1) Tanggungjawab sebelum berkahwin
2) Tanggungjawab sesudah berkahwin
3) Tanggungjawab bersama mendidik anak-anak

dan setiap perkahwinan akan melalui 3 fasa
Fasa 1: pada usia perkahwinan di bawah 5 tahun.
Fasa 2: ketika melepasi 5 tahun menghampiri 9 tahun.
Fasa 3: perkahwinan sudah 15–20 tahun.


ketika fasa ini banyak yang tumpas dan bercerai berai..
fasa1:honeymoon, masih lagi hangat dalam bercinta..
fasa2: Masing-masing sudah mula mengenali baik,buruk..time ni la sume pasangan suami isteri perlu menerima kekurangan masing-masing serta memperbaikinya..
fasa3: umur meningkat tua,ajal semakin hampir hidup saling memerlukan akan kembali pulih..
P/s:kalo ada yang silap mohon teguran ya!!..

banyak faktor sekeliling yang mempengaruhi penceraian..jadi hopefully dengan faktor-faktor ni dapat kita elakkan xkisahla yang membaca ni dah berkahwin mahupun tidak yang penting mencegah lebih baik daripada merawat..

 dalam pandangan Psikofitrah ada 7 penyebab kehancuran keluarga. Kehancuran keluarga ditengah masyarakat berarti juga kehancuran satu bangsa sebab keluarga adalah cermin dari satu bangsa :

1. Akidah yang keliru atau sesat..that's why pentingnye kefahaman aqidah yang jelas mempengaruhi kehidupan kita sebagai seorang muslim, bila x jelas aqidah tu yang mula nak guna tok bomoh,ayat pengasih n so on..Nauzubillah!!
2. Makanan yang tidak halalan thayyiba. Menurut hadis Nabi, sepotong daging dalam tubuh manusia yang berasal dari makanan haram, cenderung mendorong pada perbuatan yang haram juga (qith`at al lahmi min al haram ahaqqu ila an nar). Sumber pendapatan,mahupun sumber makanan yang dibeli..ingat elakkan syubhah..
3.Kemewahan,Menurut al Qur’an, kehancuran suatu bangsa dimulai dengan kecenderungan hidup mewah, mutrafin (Q/17:16), sebaliknya kesederhanaan akan menjadi benteng kebenaran.
4. Pergaulan yang tidak terjaga kesopanannya. That's why seorang isteri/suami kena elakkan berdua-duan dengan yang bukan muhrim..walaupun dengan urusan kerja..but u must remind..Syaitan sentiasa mengawasi dan mengambil kesempatan untuk menyesatkan kita.. 
6. Akhlak yang rendah. Bila kita sukar mengawal emosi..sumenyer akan berpandukan nafsu..dan ketika ini ramai yang kalah ketika diuji, ada yang menjadi mangsa pukul dan sebagainya..
7. Jauh dari agama. Agama dalah tuntunan hidup...hidup tanpa solat,quran dan ibadah asas yang lain..hidup kita takkan berkat..senang macam mana pun mesti kita akan rasa kehilangan iaitu kehilangan ketenangan..coz Allah tak redha...

mohon maaf seandainya terdapat kesilapan..moga dengan sedikit sebanyak perkongsian ini mampu memberi persediaan kepada diri kita untuk diuji satu masa kelak..fot those yang tak kahwin lagi..ingat!! it's not joking..but it's seriously..persediaan Baitul Muslim perlu digilap..walaupun 3@5@10 tahun lagi nak kahwen..walaupun lambat lagi nak kahwen, preparation kena bermula sekarang..banyakkan membaca ok??^_^


Wallahu'alam..
Return to Progress

Sunday, June 10, 2012

Relax..weekend



Alhamdulillah...hilang kejap penat bersama IKRAM junior Sg.Petani..terisi ckit cuti hujung minggu bersama program, program bermula hari khamis bersamaan 8-10 jun 2012, D'omland challet Sg.Petani..perjalanan dari perlis mungkin mengambil masa dalam 1jam 45 minit..penyertaan hanya dibuka kepada kanak-kanak berumur 8-12 tahun sahaja....by 3 my ninjas brother hanya 2orang ja boleh p...adik man x leh p coz baru cukup 7 tahun..hehehe..tinggal dik man, kakak n mama ja kat umah..abang2 nyer dah p camping..huhu mati kutula dik man nie..
by the way...ktorg p jugak ke sana, cuma lambat ckit..coz kakak kerja hari jumaat..hehe
lepas habis ja office hour..trus gerak ke Sg.Petani..target nak sampi before malam..so agak rush la jugak..

Alhamdulillah...selamat sampai di sana kami disambut baik oleh pihak penganjur..
kami dah terlepas banyak jugakla program yang best..huhu..tracking,flying fox, berkayak n night game...activiti yang masih berbaki yang dapat kami join hanya malam kesenian islam n survival skill..apa2 pun i'm try to find out kat mana kita boleh dapat input untuk dijadikan pengisian rohani..

penyampaian tazkirah maghrib untuk adik-adik aulad(lelaki) dan banat(perempuan) sangat complex, perfect n so on..
isu yang dibincangkan mengenai isu-isu umat islam kini...bermula dengan sejarah kebangkitan islam,zaman kajatuhan uthmaniah, hinggalah kini permasalahan isu palestin, syria, iraq, selatan thai dan saentero dunia islam kini tertindas..sehinggalah isu islam di Malaysia..jika di palestin dan syria ditindas dengan kekejaman musuh..tetapi rakyat Malaysia kini banyaknya ditindas melalui pemikiran atau 'ghazwatul fikr'(peperangan pemikiran)..kita disuap dengan hiburan...pelbagai warna hiburan telah diserap dalam kehidupan kita..dan mungkin musuh akan mulai risau seandainya pemuda atau pemudi sudah mula dekat dengan agama..itulah realiti islam di Malaysia..islam atas nama,sedikit  sungguh yang beramal dengan islam..kehidupan yang bercampur tanpa ada batas syar'e dan sume tu merupakan perancangan yahudi laknatullah!!


so....
wahai pemuda dan pemudi Malaysia yang masih bernaung di bumi Allah ini...
jom!!! tranformasi..gunakan keamanan Malaysia yang sementara ini membangkitkan kembali islam...cukuplah sekadar membangkitkan Islam di dalam diri kita..i.allah gelombang islam itu pasti sampai ke seluruh dunia...

let's come up to be Umar al-khattab ke-2 @ Sollahuddin Al-ayyubi ke-2...
we have task to solve it..

seandainya kalian merupakan graduan maka belajarlah bersungguh-sungguh kerana Allah..
seandainya kalian merupakan pekerja maka jadilah pekerja yang beriman serta amanah dengan tanggujawab yang diberikan..
 dan walau apa pun posisi kalian..kita ini masih lagi pejuang ilmu sehingga ke liang lahat
penuhilah ruang lingkup di dada dengan ilmu yang mampu membuahkan amal..

starting with love to Allah...kenali Allah nescaya kamu mengenali dirimu..
mengenali Allah menyedarkan kita siapa diri kita sebenar??

Sohihul Aqidah...(aqidah yang benar)..i.allah topik ini akan saya cuba kupaskan dengan seringkas mungkin..

dan sedikit bait-bait yang memberi amaran buat diri ini..supaya beramal dengan setiap apa yang diperkatakan...

FirmanNya:
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
[surah As-Saff 2-3]

Forgive me Ya Allah!!
berilah kekuatan dalam beramal dengan kata-kata ku ini..
sungguh kudrat ku amatlah lemah..

Wallahu'alam...

Return in Progress
Free HTML Blog 4u