tarbiyah & dakwah....

"Tarbiyah bukanlah segala-galanya..tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah"
(Yusuf Al-Qadrawi)

Monday, December 27, 2010

Opick - Bila Waktu Telah Berakhir

ukhibukifillah....


bismillahirahmanirrahim.........

"...tarbiyah bukanlah berjalan dr wasilah usrah @ majlis ilmu sahaja, malah ia dilalui dr hari ke hari dalam kehidupan kita..."

1 mggu yg lalu sy dijemput utk menjadi fc bg sebuah progrm yg di anjurkan oleh RMC Trainning,alhmdlh syukur...ada juga kelapangan utk join progrm cuti ni,cuti ni agak sedih coz banyk prgrm clash ngan progrm family. Apa-apa pun sume bnda yg dilalui itulah Tarbiyah utk kita.

progrm ini hanya dikhaskan bg remaja perempuan yg b'umur lingkungan 13-17thn,bertempat pusat pemulihan kanak-kanak, sebelum kami ditemukan dgn peserta...ckg azmi,ckg hadi n ustz zainuddin ada bg sedikit pesanan kpd kami semua fc mengenai kondisi dan permasalahan yg dihadapi peserta.

"diharapkan semua fc perlu membuat peserdiaan hati utk menyertai progrm ini..."
km juga difahamkan dr ckg...kebanyakkan dr peserta ini merupakan remaja yg mempunyai masalah keluarga;

terkejut,terkedu n x tau nk wat p'sediaan apa,bl diceritakan setiap permasalahan yg dihadapi bg setiap peserta...

Ya Allah,hanya Engkau sahaja yg tahu..dan ku pasti setiap ujian yg diuji itu,pasti di uji mengikut kemampuan masing2...


...pg itu km disambut dgn baik,sifat dan latar belakang yg kami ketahui kami endahkan,layanan kami kepada adik2 di situ menjadikan hubungan antara kami mulai rapat dan mesra.

dr situ, dapatlah ku rasai setiap raut wajah mereka tersimpan begitu bnyak derita.

cubaan berkali-kali membunuh diri, terluah dr luahan seorg gadis...
".....saya dh bnyak kali membuat cubaan membunuh diri..."
hanya dgn alasannya "x tahan"
mungkin ungkapan "xtahan" itu langsung tidak munasabah
namun, bl diceritakan setiap detik hitam mereka;..bgku tiada ungkapan yg mampu ku ucapkan.fikiranku mula m'bayangkn..jika ku diuji sedemikian tahan kah aku!!

teringat akan pesanan ckg Azmi:"...positif kan apa sahaja luahan @ masalah yg mereka ceritakan..ingat!!relatekan sumenya dgn Allah.."

usai mereka menceritakan sumenya, terpapar wajah-wajah mereka utk meminta respon.."kakak-kakak mesti rase benci,x suka dengan kami.."

Ya Allah...sedihnya dengar adik2 ni cerita..dlm hati ni tiada sedikit pun benci @ sebagainya.

"adik2...kami di sini nk cuba bantu adik2 nk sayang adik2 ni mcm adik2 kami,
adik2 tahu x!!! org yg x diuji adlah org yg tidak mndapat perhatian dr Allah,dan org yg di uji ialah org yg disayangi olehNya, sebab Allah nk tengok sejauh mn kesabaran dan pergantungan kita kpdNya.."

dr situ...semakin bnyakla soalan yg diajukan: "akak2!!Hari Akhirat 2 bl ye??,akak2!!dajjal 2 mmg wujudkan??,akak2!!ape nama binatang yg dok korek bawah tanah 2???"
"weh..hang ni sabaqla tanyala satu2..kakak tu tau nk jwb mn satu"

hatiku sedikit berbungga dgn telatah mereka,ku cuba menjawab setiap soalan sebaik mungkin...

setiap cerita ku selitkan sedikit pesanan dan kecintaan mengenai Al-khaliq kpd mrk.
"..adik2..ingat ye!!sehebat macam mn pun ujian,seberat macam mn pun...ingatlah Allah,akak ckp ni bkn kpd adik2 sahaja,tp utk akak sekali..sebab bukan adik2 sahaja diuji tp semua orang.."

"akak nk tanya,knp kita nk kna ingat kat Allah???"
:...hm....
"sebab,Allahkan pencipta kita..Dia tahu akan setiap kemampuan dan kelemahan kita"

lagi bnyak pesanan dan huraian bg setiap soalan ku hujahkan, lagi rancak diskusi kami.
Alhmdlh..HEBAT sangat adik2 ni,bnyk bnda yg kami kongsikan bersama walaupun tempoh progrm hanyalah singkat..

secara jujur..bnyak sngat kelemahan utk membantu adik2 ni, namun senjata seorang mu'min bkankah doa,dan itulah yg termampu bgku duhai Adik2 sekalian..


Ya Allah kekalkanlah kami di jalanMu,
dekatkanlah kami dgn CINTAMU,
perkuatkanlah kami utk menghadapi setiap ujian hidup ini..
pertemukanlah kami bersama di dalam syurga Mu...

UKHIBUKIFILLAH(syg kalian krn Allah)<3

Sunday, December 19, 2010

syukurlah kita.....


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya....."
(Al-Baqarah:286)

sedih,sakit,cinta,benci,jemu dan sebagainya,merupakan fitrah bagi setiap manusia..
sering kali kita diuji,untuk ditarbiyah olehNya.
Namun sifat jahil manusia,sering lupa akan setiap uijian yang diberi adalah untuk menambahkan ketaqwaan dan keimanannya....

syukurlah kita diuji sedemikian, kerana Allah itu tahu akan kemampuan hambanya.
kadang-kadang kita rasai,ujian yang diharungi begitu sakit,sempit,penat.....
tetapi ketahuilah...
masih ramai lagi manusia yang diuji dengan ujian yang berat.
Tidakkah kita rasai syukur??

adakalanya mungkin kita rasai, yang kita ini kurang kasih sayang dari manusia yang bergelar ibu,ayah,kakak,abang,sahabat @ yang hampir dgn kita.

sedarlah....
kasih sayang itu sebenarnya merupakan hak milik AR-RAHIM
mengapa kita perlu mempertikaikan kasih sayang manusia yang kurang kita rasai.
sesungguhnya AR-RAHIM itu lebih hampir dengan kita,tidakkah lebih elok jika kita dambakan kasih sayang dariNya..Bukankah lebih tenang dan manis??

syukurlah diri ini...
jika tidak kerana izinNya,pasti ku tidak lahir ke dunia ini.

kadang-kadang kita rasai ujian yang dirasai sungguh berat,bak kata pepatah berat bahu memikul,berat lagi mata memandang..
tetapi ketahuilah para solafulsoleh dulu semakin banyak mereka diuji,semakin tinggi keimanan mereka kepadaNya..bak kata pepatah berat bahu memikul,semakin banyak iman digendong..

sehebat mana pun, segentir mana pun ujian kita..
semuanya pasti dibayar dengan syurga kelak..

Ya Allah...tetapkanlah hatiku dan tetapkanlah ku di jalan-Mu

Sunday, December 12, 2010

IKHTILAT.......................


IKHTILAT (PERCAMPURAN) ANTARA DUA JANTINA (1)


بسم الله الرحمـن الرحيم ...

الحمد لله رب العالمين . والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين ، وعلى آله وصحبه أجمعين . أما بعد ...

MUKADDIMAH

Ikhtilat secara umumnya membawa maksud : percampuran antara dua jantina di satu-satu tempat. Ia adalah satu perkara yang sering berlaku dalam kehidupan seharian kita. Ia boleh berlaku di pasar, jalan raya, ketika solat berjemaaah di masjid, ketika tawaf di sekitar Ka’bah, ketika wukuf di Arafah, ketika melontar Jamrah . . . dsb.


Ikhtilat pada asalnya dibolehkan oleh syara’, tetapi dengan beberapa syarat. Jika tidak, maka sulitlah kehidupan manusia seharian. Namun begitu, kita perlulah membezakan antara ikhtilat yang dibenarkan dan khulwah yang diharamkan.


Ikhtilat, sebagaimana yang telah kita sebutkan tadi, hukum asalnya adalah mubah (harus) bagi memudahkan kehidupan manusia. Tiada halangan padanya kecuali jika ia membawa kepada perkara yang haram.


KHULWAH

Sementara khulwah pula, ia bermaksud : percampuran antara lelaki dan perempuan yang ajnabi (boleh dikahwini) di sesuatu tempat tanpa ditemani oleh mahram perempuan tersebut. Hukum asal bagi khulwah ini adalah HARAM, kecuali pada perkara yang dorurat. Tujuannya adalah untuk mengelak dari berlakunya fitnah.


SYARAT-SYARAT YANG PERLU DIPENUHI


Seterusnya, marilah kita bincangkan pula syarat-syarat yang membolehkan ikhtilat :

1.Hendaklah perempuan tersebut memakai hijab dengan sempurna (Al-Hijab Al-Kamil), dan bagi lelaki pula, perlu menutup aurat.






Firman Allah swt :


59. Hai nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya (2) ke seluruh tubuh mereka". yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, Karena itu mereka tidak di ganggu. dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (3).

2.Pihak perempuan perlu menjauhi dari memakai minyak wangi atau perhiasan yang dapat dilihat walaupun telah memakai hijab.


Firman Allah swt :
31. . . .dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka. . .(4)

Sabda Rasulullah saw :
(( أَيَّمَا امْرَأَةٌ اسْتَعْطَرَتْ ، فَمَرَّتْ عَلَى قَوْمٍ لَيَجِدُوْا مِنْ رِيْحِهَا ، فَهِيَ زَانِيَةٌ ))
Maksudnya : Mana-mana wanita yang memakai wangi-wangian, lalu dia berjalan di hadapan sesuatu kaum dan kaum tersebut menghidu wangiannya, maka dia telah berzina (5).

3.Hendaklah terhindar dari berlaku persentuhan kulit antara lelaki dan perempuan ajnabi, seperti berjabat tangan.


Firman Allah swt :
30. Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih Suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat".
31. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya . . .(6)


Ini kerana, melihat perempuan yang ajnabi telah dilarang, apatah lagi bersentuhan dengannya, lebih-lebih lagi dilarang. Inilah yang telah disepakati oleh ulama’.


4.Hendaklah bebas dari memperkatakan sesuatu yang dapat merangsang nafsu syahwat.

Firman Allah swt :
32. . . . Maka janganlah kamu tunduk(7)dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya(8) dan ucapkanlah perkataan yang baik (9).


Bahkan, digalakkan supaya memendekkan percakapan. Cukuplah sekadar yang sepatutnya dan mengikut keperluan, disamping menjaga adab-adab.


5.Tidak boleh ada tujuan melihat ajnabi tanpa keperluan, seperti perempuan memandang lelaki tanpa ada apa-apa hajat dan begitu juga sebaliknya.


Firman Allah swt :

30. Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih Suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat".

31. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan
pandangannya, dan kemaluannya . . .(10)

6.Jika sekiranya perlu melihat, maka janganlah diiringi oleh nafsu syahwat. Ini kerana, ia akan membawa kepada mafsadah (kecelakaan) dan juga diharamkan oleh syara’.

Sabda Baginda saw :
(( لاَ تُتْبَعْ النَّظْرَةُ النَّظْرَةَ ، فَإِنَّ الأُوْلَى لَكَ وَالآخِرَةَ عَلَيْكَ ))
Maksudnya : Janganlah kamu susuli satu pandangan dengan pandangan yang lain. Pandangan yang pertama itu untuk engkau (tidak berdosa), dan yang kedua tidak(iaitu engkau akan dihukum atas pandangan kali kedua tersebut) (11).

7.Pihak lelaki dan perempuan mestilah cuba untuk memendekkan masa percampuran / ikhtilat tersebut tanpa perlu memanjangkannya. Ini kerana, kebanyakan ikhtilat itu membawa kepada mafsadah, maka adalah sewajarnya kita menjauhi dari terjatuh ke dalam mafsadah tersebut.

Sabda Rasulullah saw :
(( . . . كَالرَّاعِيْ يَرْعَى حَوْلَ الْحِمَى يُوْشِكُ أَنْ يَرْتَعَ فِيْهِ ، أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى أَلاَ وَإِنَّ حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ . . . ))
Maksudnya : . . . sebagaimana pengembala yang mengembala di sempadan/batasan, dikhuatiri akan meragut di luar dari sempadan. Setiap raja itu ada sempadan, dan sempadan Allah itu adalah perkara-perkara yang haram . . . (12)


8.Perlu dipastikan bahawa ikhtilat tersebut membawa lebih banyak kebaikan dari keburukan.

Maka apabila telah sempurna syarat-syarat yang telah ditetapkan, HARUS lah ikhtilat tersebut. Jika tidak, ia dilarang sama sekali. Bukan kerana hukum asalnya haram, tetapi kerana tidak mencukupi syarat.




KHULWAH YANG DIHARUSKAN

Khulwah pula adalah : satu percampuran antara lelaki dengan perempuan yang ajnabi, di suatu tempat yang jauh dari pandangan manusia. Maka bagi khulwah ini, hukum asalnya adalah HARAM. Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad saw :
(( لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ كَانَ ثَالِثَهُمَا الشَّيْطَانُ ))
Maksudnya : Tidak berdua-duaan antara lelaki dan perempuan melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga, duduk di antara mereka (13).

Namun begitu, bagi kes-kes yang tertentu yang dianggap dorurat atau ada kepentingan-kepentingan tertentu yang mana sudah tidak boleh dielak, ia dibenarkan (mubah). Seperti doctor yang merawat pesakit di bilik pesakit jika mahram kepada pesakit itu tidak mampu hadir ketika rawatan tersebut.



PENUTUP
Semoga sedikit usaha ana ini diterima oleh Allah swt sebagai amal soleh amin.
Terjemahan yang dibuat bukanlah secara bulat-bulat, tetapi ana menggunakan uslub
bahasa yang lebih sesuai supaya mudah difahami.


ما أصابك من حسنة فمن الله ، وما أصابك من سيّئة فمن نفسي . وصلّى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين .
Wallahu’alam.


____________________________
(1) Buhusun Wa Fatawa Fiqhiyyah Muasiroh oleh Dr. Ahmad Al-Hajji Al-Kurdi. Beliau dilahirkan pada tahun 1938. Berasal dari Syria, dan sekarang bertugas sebagai pensyarah kuliah syariah di Universiti Damsyik. Mendapat BA, MA dan PhD dari beberapa university sekitar Negara Arab.
(2) Jilbab ialah sejenis baju kurung yang lapang yang dapat menutup kepala, muka dan dada.
(3) Surah Al-Ahzab : 59
(4) Surah An-Nur : 31
(5) Hadis riwayat Tarmizi, An-Nasaie, Abu Daud, Ahmad dan Ad-Darimi
(6) Surah An-Nur : 30-31
(7) yang dimaksud dengan tunduk di sini ialah berbicara dengan sikap yang menimbulkan
keberanian orang bertindak yang tidak baik terhadap mereka.

(8) yang dimaksud dengan dalam hati mereka ada penyakit ialah: orang yang mempunyai niat berbuat serong dengan wanita, seperti melakukan zina.
(9) Surah Al-Ahzab : 32
(10) Surah An-Nur : 30-31
(11) Hadis riwayat Ahmad dan Ad-Darimi
(12) Hadis riwayat Muslim
(13) Hadis riwayat Tarmizi

SENARAI RUJUKAN
Al-Quran Al-Karim
Kamus BA-BM
Buhusun Wa Fatawa Fiqhiyyah Muasiroh oleh Dr. Ahmad Al-Hajji Al-Kurdi

Saturday, December 4, 2010

yogurt!! yogurt!!


selamat datang kpd tuan dan puan yang mengunjungi ke blog saya....
izinkan saya pada kali ini...nak berkongsi resepi...
hheheheh...x pernah2 nk share resepi masakan...
xpe-xpe.....entry kali ni mesti sume kna cuba...coz snang sngat utk anda sume mencuba...

make the original yogurt....

bahan-bahannya:
1 kotak fresh milk
1 cawan/bekas kecil plain yogurt(yogurt asli)
sedikit gula mengikut rasa

cara-caranya:
1)basuhkan ke semua perkakas yg hendak di gunakan dgn air panas
2)panaskan susu fresh milk ke dalam periuk serta masukkan gula mengikut cita rasa anda
setengah org dy suka masam2....so kalo suka masam2...bubuh ckit ja gula...
3)kacau susu tadi sehingga berbuih...then tutupla api
4)sejukkan susu tadi smpi jd suam,then mskkn yogurt asli td...kacau sehingga sebati
5)kemudian masukkan ke dalam thermos n balutkan dgn kain n perapkannya selama
5@6jam...atau lebih lame lebih pekatlah yogurt tu...

p/s: pastikan setiap perkakas yg akn anda gunakn mesti di basuh dengan air panas...
coz yogurt merupakan sejenis bacteria yg baik utk kesihatan kita....senang kata
cara2 buat yogurt 2 sebenrye juga merpkan cara2 pembiakkan bacteria baik..
so...kalo kt x bsh dgn air panas.....bacteria lain akn ggu bacteria yg baik td nk hidup...
ok!!
kalo nk buat better pg2...coz ptg dh blh mkn...lg sedap kalo disejukkan dan dicmpurkan
dengan perisa buah-buahn...

-satu lagi nk share...time bljq masak ni...cikgu2 sy da pesan jgn lupa bace surah al-kauthsar
n selawat...supaya org yg mkn mkanan ni akan lembut hati..hm...2 yg penting makan mskn
sendiri berbnding mkn bungkus...coz kt x tau pa la yg di jampi kat dapur kedai tu...

ok setakat ini sahaja....selamat mencuba dan selamat beramal..
jazakallahkhair(may Allah reward u good)

Free HTML Blog 4u