tarbiyah & dakwah....

"Tarbiyah bukanlah segala-galanya..tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah"
(Yusuf Al-Qadrawi)

Wednesday, December 21, 2011

who's know this meaning??


bila manusia tidak memeganng kebenaran(al-haqq), maka ia pasti berada dalam kejahiliyahan. Ini kerana bila berprangsangka buruk kepada Allah,merasa cukup, tak perlu hidayah, sombong, mengikut hawa nafsu, dan tradisi...

Mehnah kehidupan pada hari ini cukup menggambarkan betapa dagangnya ISLAM..

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah Salawatu Alai Wasalam, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".
[H.R. Muslim]

1.ZhanAs-Suu' Billah (berprasangka buruk kepada Allah)
memberi pandangan yang keliru pada segala keputusan Allah dan terhadap apa-apa yang difirmankan-Nya adlh sikap yang tidak mengimani Allah s.w.t..
kecenderungan berprasangka buruk ini bermula dgn hati yang kotor dan dipenuhi maksiat,sehingga bila mana diuji ia tidak menerima setiap takdir yang ditentukan olehNya..semua ujian dianggap beban dan negetif...

seperti ketika diberi hujan ia mengeluh kenapa hujan terus menerus, namun ketika panas ia mengeluh kerana kepanasan. Begitu juga dalam hal rezeki,kesihatan,jodoh dan sebagainya. Dan sering juga menyangka bahwa setiap ujian dr-Nya tidak sesuia,tidak adil dan tidak berperikemanusiaan juga termasuklah perasangkaan yang jahil. Keadaan sebegini rupalah menyebabkan kita jauh dengan Allah apatah lagi mengenalNya..

kadang-kadang tanpa kita sedari setiap penyataan di atas mungkin masih ada di dalam diri kita..
melatah atau merungut kita mungkin akan memakan diri kita...
kadang-kadang ujian yang datang meghantui diri kita ataupun kita mungkin takut dgn ujian kerana Redha kita pada takdirNya sedikit..
saya mengajak diri saya serta anda semua agar pelajarilah setiap ujian yang diberi..kerana kita telah diciptakan untuk diuji..
Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan untuk berkata, "Kami percaya", dan tidak akan diuji? (29:2)

serulah diri kita bersama roh yang masih dipinjam...pencarian misi mencari Cinta Allah masih lagi jauh dan panjang,kecapilah redha Allah bersama kita nescaya syurga bersama kita..
ubahlah cara hidup dan setiap percakapan apabila diuji, always positif for ourlife

Dari Jabir bin Abdillah r.a berkata bahwa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak layak mati salah seorang di antara kalian kecuali dia harus berprasangka baik kepada Allah. kerana ada suatu kaum yang binasa kerana mereka berburuk sangka kepada Allah. maka Allah berfirman, : "dan yang demikian itu adlh perasangkamu yg telah kamu sangka terhadap Tuhanmu, prasangka itu telah membinasakanmu, maka jadilah kamu orang-orang yang rugi". [HR Ahmad]

pencarian misi diteruskan..
wallahu'alam...
will continue..

No comments:

Post a Comment

Free HTML Blog 4u