tarbiyah & dakwah....

"Tarbiyah bukanlah segala-galanya..tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah"
(Yusuf Al-Qadrawi)

Saturday, March 6, 2010

Jihad jalan juangku......


Seruan As-Syahid Hassan Al-Banna(pesanan dan peringatan) - syeikh mustafa masyhur

"Wahai pemuda -pemuda!!fikrah akan berjaya bila kepercayaan terhadapnya kuat, keikhlasan ke arahnya cukup semangat untuk mencapainya bertambah dan persiapan yang membawa kepada pengorbanan dan usaha melaksanakannya ada. Keempat-empat rukun ini, iaitu iman,ikhlas,semangat dan amal hampir-hampir menjadi ciri para pemuda.
Sebabnya asas iman ialah hati yang cerdik.
Asas keikhlasan ialah hati yang bersih. Asas semangat ialah perasaan yang kuat, dan asas amalan pula ialah keazaman pemuda. semuanya ini hanyalah ada pada pemuda-pemuda sahaja. Dari sini pemuda-pemuda dahulu dan sekarang yang ada di setiap umat, mereka menjadi tiang seri kebangkitan. dalam kebangkkitan, merekalah yang menjadi rahsia kekuatannya. Dalam setiap fikrah, mereka menjadi pembawa panji-panjinya"


wahai sahabatku.....
kuatkanlah panji kalian di medan juang....walaupun kita bukan di medan perang yang sebenar..
tetapi sebenarnya jauh dari mata kasar kita...sebenarnya kita berada di dlm peperangan, yang mana kita perlu melawan arus jahiliyah yang kian pekat....

"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui
orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu"...(Muhammad: Ayat 31)

jihad yang paling perlu kita dahului ialah jihad dengan nafsu....nafsu la punca kejatuhan kita dan kebangkitan kita....
seandainya kita bisa menundukkan nafsu kita pada iman kita..
kelak...tertegaklah iman di jiwa kita, dan seandainya tertegak iman kita dlm jiwa kita...
maka tertegaklah islam dalam diri kita...

"Dan barangsiapa yang berjihad maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk
dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu)
dari semesta alam." (Al-Ankabut:ayat 6)

jika jihad saudara mara kita di palestina...ialah dengan menegak kalimah Allah di Palestin, menyelamatkan masjidil Aqsa, dan meneruskan hidup untuk janji2 Allah...

namun kita disini...jihad kita ialah membantu islam kembali ke persada dunia...
kita mungkin sukar untuk turun membantu dalam peperangan....
tetapi ketahuilah..Allah memilih kita untuk melengkap kan keperluan dan kekuatan
umat islam, dengan belajar bersungguh-sungguh dan melakukan amal dengan sebaik mungkin...
di sinilah tempat jihad kita....selain membangunkan umat islam seluruh dunia dari lena yang sudah lama, sejak zaman kejatuhan khalifah uthmaniah.....


ayuh!!!
sahutlah seruan ini...
make over our attitude, update our faith and stand up 2 change the world!!!

-Be Good To Yourself, To Our And To The World....

....Cinta Buta...




Betul ke...kata org cinta itu buta????
mcm mn ek???cinta tu ade mata.....huhuhuu...
actually cinta itu buta coz cinta tu tidak mengenal usia@rupa...
tp kan...realiti sebenarnye...ramai yang cinta buta hingga membutakan jalan hidupnya..
ish2...so..just want 2 share one story about the blind love....utk diambil pengajaran...
ingat!!!

si fulana ni baru je dak part one...hm..xdan msk bulan k3 pun dh quit study....
knp ek???tertanya jugak...parents xde duit ka???tp dpt scholarship...ni pa cter ni...
bkn nk cbuk hal org tp as friends nk kna tahu la serba sedikit perihal life...kawan kt ni...
tp bnda yg tak elok tak lame org blh simpan...bak kate org la...so...akhirnya terbuka juga la....smthing yg kononya rahsia.....

sedih,kesian pun ade gak....kt nk merintih pun bknnyer blh wat pe pun...
cter si fulana ni rupanyer....terlalu ikut kata2 buayafriend...dgrnyer..B.F dy anak dato'..hm...xtaula anak Datuk or Dato'.....
B.f dy suruh stop study....then ikut dy...ye la si fulana ni pun dh kemaruk dek cinta
follow je la.....ish2...knpla x fikir dulu...bkn senang nk msk belajr then trus dpt scholarship...

takut2 jd kes...habis madu sepah dibuang..
actually cter ni just seringan ja...nk tahu dan tgk yg lebih real....bnyk hasil dr cinta buta ni....dbuang dan dibunuh.....
btula kan...coz cinta buta la....anak jd derhaka, lahirnye anak luar nikah dan mcm2 lg la....

cter yg sebegini rupa telalu banyak yg nk dkupas tp xterdaya coz...pnatla nk cter...
kalo asyik bercerita makin banyak yg jadi, pun x guna...so yg serba sedikit ni...blh kita kongsi bersama as pengajran hidup...

so...
carilah cinta yang tak buta....
tp cam mn ek???huhuh...nk cari cinta yg da mate ka??
hm....carilah cinta yg kekal abadi..
yg tidak ade penghujungnyer....
yg sentiasa bersama kita walau..sesaat...

percayelah!!
cinta ni x akan pernah sakiti kita..
x akan pernah tinggalkan kita...
x akan pernah biar kita berada dlm kesulitan....

dalam satu kata2 hikmah...

cintakan bungga kan layu..
cintakan manusia kan pergi..
cintakan Allahakan kekal selamanya...

Bila kita cintakn DIA..kelak akan diberinya..
CINTA HAKIKI....

Wednesday, March 3, 2010

Kenangi Maulidurasul


Alhamdulillah...syukur ke hadrat illahi kerana masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan hidup dengan merasai lagi nikmat iman dan islam.....coz kita kna always ingat tak sume yang hidup as islam dapt mati as islam gak.....
Maulidurasul kembali menyapa kita lagi....sedar tak sedar sambutan ini sudah menjadi teradisi sume orang muslim...tapi ramai mana yang menghayati maulidurasul ini....
Ayuh!!!!
kita renungi sebuah sirah yang ingin dikongsi bersama...



kelahiran baginda ketika di kota makkah amat mengembira seluruh kota makkah serta
membawa rahmat dan cahaya seluruh alam semesta
kerana telah lahirnya baginda untuk menyampaikan khabar berita yang baik...

"sesunguhnya aku diutuskan untuk memperbaiki akhlak"

namun perjuangan baginda mula berakhir apabila baginda dan seluruh umat islam kembali menakluk makkah...dan setelah usainya baginda dan seluruh umat islam makkah ketika itu melaksanakn tawaf wida' baginda terus jatuh sakit...sahabat-sahabat baginda yang rapat dengan baginda mula merasai bahawa baginda Rasulullah akan meninggalkan mereka....
perasaan itu dirasai oleh sahabat karib baginda iaitu saidina Abu Bakar as-siddiq
kerana beliau tahu apabila baginda mengatakan islam yang diajarnya itu sudah sempurna, itu bererti tugas baginda pun sudah selesai dan bakal meninggalkan mereka...kerana sudah tidak ada lagi wahyu yang akan diturunkan lagi....

pemergian baginda ketika itu amat memilukan seluruh penduduk madinah..
kesuraman dan kepiluan jelas terasa oleh seluruh penduduk madinah
Bilal Bin Rabbah yang ketika itu merupakan mua'zzin, sudah lama tidak mengazankan lagi penduduk madinah..sedih,pilu amat dirasai....
sehingalah sampai satu ketika beliau tidur lalu bermimpikan Rasulullah yang hadir menemuinya
lalu Rasulullah berkata "sudah lama engkau tidak menziarahi ku wahai Bilal"
Bilal lalu terjaga dari tidurnya...lalu dia memikirkan kembali mimpi tersebut...
memang sudah lama beliau tidak menziarahi makam baginda s.a.w....
kerinduanya yang teramat rindu megajak beliau pergi menziarahi makam baginda s.a.w
dingatnya kembali perjuangan beliau bersama baginda
menaikkan semangat beliau untuk kembali azan di kota madinah..
bahkan ketika itu....penduduk kota madianah juga amat meridui suara Bilal yang sudah lama mereka tidak dengari...
lafaz azan beliau membangkitkan kembali penduduk setempat ketika itu...
"apakah Rasulullah dihidupkan kembali???"
kedengaran sayu azan yang dilaungkan....namun azan itu hanya berhenti pada kalimah
"asyhaduallah ilahaillallah"
sedu dan tangisan kerinduannya....tidak dapat beliau teruskan...

lihatlah kalian betapa sedih dan pilunya pemergian baginda.
tidakkah kita renungi perjuangan baginda memperjuangkan aqidah islam..
sehingga kita bisa merasai nikmat tersebut iaitu nikmat iman dan islam
perjalanan dakwah baginda sentiasa berterusan sehingga kini....
namun fenomena kini banyak yang bertopengkan islam....
mereka mungkin tidak meminta...tetapi arus jahiliyah kini yang membentuk mereka..kerana islam tidak diambil secara syumul...
Free HTML Blog 4u