tarbiyah & dakwah....

"Tarbiyah bukanlah segala-galanya..tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah"
(Yusuf Al-Qadrawi)

Tuesday, June 22, 2010

Maaf 'Tuk Berpisah by Tashiru.

Di mana Keikhlasan Kita dalam beramal??

Beribadah yang berhubung dengan Uluhiyah ini adalah kpd Allah semata2. Kerana itu alamat tauhid ialah LAILAAHA ILLALLAH. Berbeda dgn org yg mahu mengakui Rububiyah(ketuhanan) Allah tetapi dia tidak beribadah (menyembah Dia), atau mungkin dia juga menyembah Dia tetapi juga menyembah tuhan yang lain....

realiti yang dpt di lihat kini....ramai mn yg dpt b'ibadah dgn betul2 LILLAHI TA'ALA...
mmg sukar utk kt mencapai keikhlasan dlm b'amal...ttp dlm mencapai keikhlasan itulah JIHAD kt..

sebab kata Illah itu bererti: "sesuatu yang di sembah oleh hati dengan penuh kecintaan dan kebesaran, keagungan dan kemuliaan, takut dan pengharapan dan sebagainya"

suka di kongsi dr Murabbi2 Mithali di MATRI....Wahai putera puteri ingat!! element yang amat dipentingkan dlm b'amal ialah "MARDHOTILLAH", serta perbaiki niat kt...amal yang dilakukan perlulah hanya sanya pd Allah...
bak kata Sir Abdoh: "MARDHOTILLAH YANG UTAMA"


Ada tiga part niat yg perlu di update ketika b'amal :
1. sebelum kt melakukan amal tersebut
2. ketika kt melakukan amal tersebut
3. setelah selesai kt melakukan amal tersebut

begitu rapi penjagaan niat dlm b'amal...supaya amal itu terjaga dr Riya',Takabur dan Ujub

Ada sebuah sirah mengenai tajuk " IKHLAS"

Seorang sahabat bertanyakan Muaz bin Jabal (ahli fiqh) tentang satu hadis Nabi Muhammad s.a.w Muaz menangis seolah-olah beliau tidak mahu berhenti. Bila berhenti menangis beliau berkata " Bila teringat hadis ini, aku teringat pesan Rasulullah s.a.w yang berkata: "Jika sekiranya engkau ingat dan amalkan hadis ini, nescaya engkau akan mendapat manfaat daripadanya. Jika tidak , ia kan menjadi hujah kepada Allah Taala untuk menghukum kamu"

Sabda Nabi Muhammad s.a.w:
"Allah telah menjadikan tujuh lapisan langit. Sebelum itu dijadikan tujuh malaikat untuk menjaga setiap lapis. Setiap seorang yang membuat ibadah, amalnya akan dibawa naik oleh malaikat bumi melalui ketujuh-tujuh langit untuk direkodkan. Ketika naik, amalan itu bercahaya. Setiba di muka pintu LANGIT PERTAMA dan setelah diperiksa malaikat langit pertama berkata " bawa turun amalan itu dan pukul muka empunya. Dia solah, puasa dan beribadah tetapi dia suka MENGUMPAT". Jika lulus, amalan itu dibawa ke LANGIT KEDUA dan berjumpa dengan malaikatnya. Selepas diperiksa, malaikat berkata " bawa turun amalan ini kerana empunya mengharapkan GANJARAN".

Jika lulus, amalan ini akan di bawa ke LANGIT KETIGA dan berjumpa dengan malaikatnya. Selepas diperiksa, malaikat berkata " bawa turun amalan ini, walaupun nampak baik, tuan empunya ada SIFAT TAKABUR (ingkar perintah Allah)". Jika lulus, amalan itu dibawa ke LANGIT KEEMPAT dan berjumpa dengan malaikatnya. Setelah di periksa, malaikat berkata " bawa turun amalan ini, walaupun dia membuat amalan baik, dia mempunyai SIFAT UJUB (rasa lebih/rasa org lain lebih rendah daripadanya)". Jika lulus, amalan itu dibawa ke LANGIT KELIMA untuk diperiksa oleh malaikatnya. Setelah diperiksa, malaikat berkata "bawa turun amalan ini sebab ia ada SIFAT HASAD DAN DENGKI."

Seterusnya, amalan itu dibawa ke LANGIT KEENAM untuk diperiksa oleh malaikatnya. Ketika itu amalan itu bercahaya seperti bulan. Tetapi malaikat memerintah "bawa turun amalan itu kerana empunya mempunyai SIFAT BERASA SERONOK ATAS KEKECEWAAN ORG LAIN". Akhirnya, amalan itu di bawa oleh 3000 malaikat untuk berjumpa dan diperiksa oleh malaikat LANGIT KETUJUH tetapi kandas kerana tidak ada KEIKHLASAN".

Kesimpulan:

Semua ibadah hendaklah mula2 lagi diniatkan hanya untuk Allah tidak ada yang lain. Kalau tidak, menyesal kita nanti di akhirat ketika berjumpa dgn Allah. Pada ketika itu, di bawa amalanya berbentuk buah yang penuh diisi di dlm bakul lalu menghadap Allah. Setelah di periksa satu persatu buah2nya, nyatalah ada sahaja yang cacat seperti busuk,tidak masak,
masam dan sebagainya. Sebiji pun tidak boleh di makan. Pada ketika itu , Allah berseru "mana dia ibadah kamu untuk KU?". Begitulah ruginya ibadah tanpa keikhlasan. Sesal sesasalnya...

Sunday, June 20, 2010

Seorang demi seorang di jemputNya........


INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI'UN..........msg yg telah ku dpt dr salah seorag sahibah..
"sir yahya ismail telah kembali ke Rahmatullah d jeddah jam 8p.m waktu di sana@2 a.m waktu d malaysia"

seorang demi seorang di panggil Allah....
bermula akhi Ammar, di ikuti Ummi, Tok Wan(ckg Zainuddin), sir Ghazali....
pemergian pada tahun lepas terhenti di situ....

Tahun ni dikejutkan pula dengan pemergian ukhti jannah sani...serta di susuri seorg lagi murabbi Sir Yahya Ismail...

Ya Allah sayang nya Kau kpd mrk....
pemergian mrk tiada tmpt gantinya..

hari ni telah hilangnya lagi permata MATRI....
murabbi yg mendidik kami tanpa jemu..
mrk juga mrupakn Qudwah kami...
semangat kentalnya yang selalu membara, walaupun di kala umur mrk sudah senja..

masih segar di minda ku akan kata2 arwah sir Ghazali yang merupakn guru bhs English..
di kelas 5 sumaiyah..beliau sering menceritakan akan kerap kali berita pemergian sahabtnyer
katanya.."ana ni pun dah tak lama lagi..."

sedih,pilu dan risau akan keadaan di MATRI kelak.....
moga pemergian mereka dapat melahirkan..
10001 murabbi dr didikan mereka...
yang akan melahirkan lebih ramai "PEWARIS ANBIYA'"

Ya Allah tempatkan lah mrk..
di tmpt org2 yg beriman..
.....................................

dijemputnya seorg demi seorg...
mayb akn disusuri dgn kita pula..sudah bersediakah kt???
"kematian itu tidak mengenal sesiapa, bila smpi masa...semua yg hidup pasti akan pergi.."

P/s: kelemahan diri sering menjadi asbab dlm meneruskan kerja DnT..
Ya Allah..ampunilah aku..
kuatkanlah aku dalam medan ini
setiap Dae itu pasti akan diuji...utk dinilai
"siapakah di kalangan kamu yang paling baik amalnya" (al-mulk:2)

Asif..........

Saturday, June 19, 2010

welcome..REJAB!!


Daripada Anas r.a berkata: Adalah Rasulullah s.a.w apabila masuk bulan Rejab baginda mengucapkan doa.."Allahumma barik lana fi rejab wa sya'ban wa balighna ramadhan".

ayuh!!
latih la diri kita supaya Ramadhan yang bakal tiba ini akan menjadi yang lebih baik dari sebelumnya...barakallahumma..

Saturday, June 12, 2010

lemahnya...diriku...


jiwa..yg sakit...minta di bimbing,di tegur,di belai dan di basuh dgn mutiara yg sudah agak lame x d dgri...di minta utk di basuh dgn air mata keinsafan di kala ku b'tahajud...kpd mu...
pnat...lelah,jemu dan malas sering menyapa ku sejenak...mengapa aku bgitu mudah di perdaya dgn sume ini....tidak ku minta utk merasai sume ini...namun ini lah fitrah khdpn manusia....yg bl mn ia merasai ia krg di peringatkn...ttg matlamat khdpn kt d muka bumi ini as KHALIFAH...yg sbnrnya sudah krg sedar akan pertanyaan yg bakal d tanya olehNya kelak....ssgguhnya...umur mu i2 tidak diukur selama mn kamu hidup di dunia...ttp diukur akn brp bnyaknya amalmu..di dunia ini...

tidakkah kt sedar akn ketibaan akhirat i2 makin hampir dgn kt...
sering kali ku terbaca dr bait2 ayat al-quran..."ssgghnya hari kiamat itu amat hampir dgnmu.."
mengapa....ku terlalu leka akn khdpn dunia yg hanya sementara...cukup singkat sebenarnya..jika di bandingkan dgn khdpn yg kekal abadi....apakah ku mahu meminta kpdNya agar dikembali ke dunia balik kelak.. utk m'buat amal sebaik mungkin...krn d dunia dahulu...sngt ckit amal ku.....

mengapa..ku tidak sedari lg....
bngunlah...kmbali berjuang d medan!!!
=(.......

moga ape shj aktiviti mahupun progrm yg di ikuti di kelapangan masa...dpt m'tarbiyahkan diri yg lemah ini...
seiring dgn...dakwah yg d bawa...
mardhotillah yg utama..
wallahu'alam.......

Friday, June 11, 2010

pergi tak kembali




3 jun10,khamis.......kehilngannya seorg sahibah yg amat di kasihi jannah sani .....x dpt di byngkn...terkejut,sedih,pilu...dan sukar utk dipercayai...ya Allah btul kah ni???apa yg dipinjam sudah diambil kembali..diambilnya mmg x kan kembali lg...sukar ku gambarkan...baru shj ku bertemu dgnnya...km mkn,b'kongsi cerita dan tido bersama2... time gathering temph hr,rase masih blum ckup utk km sume mlps rindu....namun sedikit p'konsian n masa yg dikongsikn..sudah cukup bg kami utk bngun n kuat kmbali b'juang d kampus msg2...

tanpa di sangka2 berita ini...x pnah dijangka utk di dgri...ku terima msg dr seorg shbh mira.."mai td maryam call dy nangis2...katanye..jannah dh meniggal..xcident ngan gocart kat langkawi...mohon mai gtau kat sume shbh2 kt d perlis ya...berat sngt mira nk 4ward berita ni...."
lahawlawalaqutaillahbilahilali'azim.........

terkejut.....
tp jannah mn????ku trus call mira....
salam..mira..nk tanya jannah mn ni???(musykil dgn berita yg dismpikn td)
mira: jannah sani...mai..(sedu)
aku: jannah sani!!!btui ka??jgn main2...jannah lain kut...(sukar sggh utk ku percayai..)
mira: btui mai....mira x tipu...(nangis)
aku:....tergamam.....k...lah mira..i.allah mai try smpikn kat shbh lain...assalamualaikum..

air mataku jatuh tanpa minta berhenti di pipiku....
Ya Allah....btui ka ni...
hm...btul sprt yg difirman olehMu:
"setiap yg mati i2 akn mati....."
terlalu muda kau pergi jannah....tp kau pergi dgn semangat juang yg kuat
misi n visi kau hanya utk m'bgnkn islam...

namun pergimu...sentiasa di iringan doa dr keluarga,murabbi dan sahabt2...
teringat ku dgn ayat2 yg sering kau ungkapi..."korg sume jgn lupe doakn jannah ye..."

sedarlah kalian....x sume yg hidup akn mati di usia tua....mati di usia tua itu hanyalah...BONUS utk kt...namun kematian itu sering memanggil kt....apakah kt sudah bersedia..menyusul..
maybe dgn kjutan pemergian allahyarham...mrupkn prigtn bg kt...bhwa mati i2..xdak menuggu walaupun sesaat.....

wallahu'alam...

Wednesday, June 2, 2010

QUNUT NAZILAH

P/s: walaupun hanya sekadar qunut nazilah shja post kali ini..Ayuh!!! kita peraktikan dlm khdpn seharian kt...
wallahu'alam.........

Free HTML Blog 4u