"Tiga perkara yg sesiapa memilikinya, maka dia memporelehi kemanisan iman. Allah dan Rasul-Nya lebih dikasihi olehnya daripada selain keduanya....dan tidak mengasihi seseorang melainkan krn Allah,dan dia benci utk kembali kekufuran sebagaimana dia di benci utk dilontarkan ke dalam api" [Riwayat al-Bukhari]
tarbiyah & dakwah....
"Tarbiyah bukanlah segala-galanya..tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah"
(Yusuf Al-Qadrawi)
Tuesday, May 20, 2014
KRISIS HATI ♥♡
Bismillahirahmanirahim....
jahiliyah yang tidak pernah bersih lagi dalam diri, memaksa diri sentiasa turuti nafsu.
bila lemahnya IMAN inilah yang terjadi...kita rasa malas, berat..
kita kuat bersama sahabt2 yang soleh..tapi bila berseorangan, malap sekejap Tarbiyah Dzatiyah (self education)..hilang disiplin hati, untuk beramal benda yang bermanfaat..ni lah binasanya masa yang lapang..ia akan jadi sangat bermanfaat bagi yang mengunanya semaksimum mungkin, dan binasa bagi yang mensia-siakan...
Pagi tadi Allah kejutkan hati dengan kalimahNya, tentang amal yang menjadi debu berterbngan..Allah :'(..selalu je dengar dari makcik, pakcik dan sahabat2..tapi ni memang DIRECT..Allah
Nak kejutkan iman mungkin boleh...tapi nak bangunkan iman perlukan kekuatan...
Kita selalu bicarakan tentang Dakwah dan Tarbiyah...
tapi Tarbiyah tu apa ya? Terdiam sebentar bila ditanya...soalan dari ustaz Isam ketika di dalam meeting minggu lepas...
"....Tarbiyah adalah satu proses di mana individu itu melalui dengan peningkatan iman dan amal..."
Ustaz: betul...lagi?
..ok tu bukan jawapan yang tepat...
Ustaz:Tarbiyah adalah sesuatu yang terkesan di hati dan di proses melalui amal..jadi setiap ucapan, amal dan sebagainya perlu di hubungkan dengan hati..agar hati mendapat sentuhan untuk di proses...
(...DEEP...)
jadi nak perbaiki iman kita perlukan sentuhan yang menghubungkan kita dengan Allah..
Baiki hati..
sentuhan yang cukup simple yang boleh kita kongsikan bersama...
[Tazkirah ruhiy]
Ibn Qayyim alJauziy menjelaskan berkaitan penyakit hati.
Perkara-perkara yang merosakkan hati:
1. Banyak bergaul yang tidak bermanfaat (gosip, melawak, membuka aib org, menyakiti orang lain, menyebar khabar angin, dll)
2. Panjang angan-angan
3. Bergantung kepada selain Allah (36:74-75)(19:81-82)
4. Kenyang - melayan nafsu makan
5. Banyak tidur
6. Pandangan yang berlebihan
"Pandangan adalah salah satu anak panah iblis yang beracun, barang siapa menahan pandangannya, Allah akan beri rasa manis yang dia temukan di hatinya sampai bertemu dengan-Nya." hadis
7. Ucapan yang berlebihan
"Banyak orang yang disiksa di neraka kerana perbuatan lisannya." (HR Tirmidzi dan ibn Majah)
Kerasnya hati disebabkan oleh empat perkara yang di buat berlebihan: makan, minum, ucapan dan pergaulan.
Kata ibn qayyim lagi, tanda hati itu mati ialah tidak rasa bersalah ketika melakukan maksiat atau dosa. Seperti si mati tidak merasakan luka yang menggoresnya.
Harus sabar dalam mengubati hati. Walaupun berat dan pahit. Untuk mengubati hati yang sakit tidak ada yang lebih berkesan selain daripada memerangai keinginan nafsunya.
~19 Mei 2014~
Moga Allah sentiasa memberi kekuatan dalam kebaikan dan redhaNya..
Subscribe to:
Posts (Atom)