lamanya tak post, buzy + malas = ???
status study..sekarang dah jadi dak islamic finance..ramai yang bertanya, kenapa tukar kos??? kenapa x sambung account jek??? knp amik islamic finance???
asbab2 nya biarlah rahsia...^_^
.................................................................
buat pertama kalinya, rasa beruntung sangat..sebabnye every part of the subject sumenye kena buka quran..
Islamic Economic n Finance, Usul Fiqh,Waqaf dan B.Arab..very interesting, bukanyer apa time belajar account dulu xde plak buka quran..hehe..
time kelas usul fiqh..kami discuss pasal kenapa ada surah makkiyah n madaniyah yang di state di setiap surah?? so mcm biasalah surah madaniyah ni turun kat madinah dan surah makkiyah ni turun kat makkah...
simple kan?? tapi ada satu lagi perbezaannya, bila surah makkiyah..Allah akan seru kepada kita dengan ayat "YA AIYUHANASS.." tapi kalo surah madaniyah Allah akan seru pada kita "YA AIYUHALLAZHI NAAMANU.." tau x kenapa?? sebab time Rasulullah mendapat risalah di makkah dulu belum ada lagi yang beriman, jadi Allah menyeru kepada semua manusia untuk beriman kepada DIA..dan masyarakat Arab ketika itu amat jahil..dan bila berhijrahnya ke madinah, umat islam semakin ramai dan islam mula tersebar di seluruh benua..maka ketika itu ramailah orang-orang yang memeluk islam..
subhanallah!! Allah menyusun setiap tahap mengikut kemampuan kita, Allah tidak pernah memaksa kita dalam mendidik..lihat sahabat2..penurunan surah makkiyah dan madaniyah merupakan aturan dan tarbiyah dari Allah yang sangat halus dan lembut...Allah tahu betapa teruk dan dasyatnya kita nak tinggalkan perkara maksiat yang sudah sebati di dalam diri..tapi Allah masih memilih kita untuk menerima tawaran yang hebat ini..Allah memberi kita peluang untuk membaiki segala kelemahan..walaupun kita ini masih lagi tidak bersih dari dosa..
T_T mengapa Allah terlalu baik dengan kita??? dan mengapa kita selalu mengabaikan Allah??
walaupun sakit dan penat mencuci dosa yang tak pernah hilang ni..Allah still menemani kita dan menjaga setiap keperluan kita..
jangan pernah rasa berkurang dengan satu nikmat, kerana masih banyak lagi nikmat yang diberi..
so, jom kita sama2 perbaiki CINTA antara kita dan Allah..supaya melebihi dari cinta apa pun
'Fazkuruni Azkurkum Wasy Kuruli Wala Takfurun
Al-baqarah:152
"When do ye remember Me I will remember you. Be grateful to Me, and reject not Faith."