tarbiyah & dakwah....

"Tarbiyah bukanlah segala-galanya..tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah"
(Yusuf Al-Qadrawi)

Sunday, December 30, 2012

Miliki Jiwa yang BESAR

Sungguh ujian itu sangat memeritkan...
ada orang yang diuji..makin kental jiwanya..
namun ada juga yang diuji menjadi semakin jauh dariNya..
 mengapa perlu menjadi orang yang diuji itu jauh dari RahmatNya...
Mengapa?????

jika diberi pilihan..tiada siapa pun nak lari dari RahmatNya..
tetapi kepedihan dan keperitan ujian dijadikan punca sebagai alat protes manusia...
........
jangan salahkan perasaan yang pinjamkan...
sume itu nikmat menjadikan kita kental dan melahirkan jiwa yang besar..
...........
sungguh!!! teramatla sukar itu membuang perasaan benci pada orang yang disayangi..
namun..perasaan itu sebenarnya boleh dibuang...cuma pilihan itu ada ditangan kita..nak atau tak nak ja...
actually...
sedih teramat bila...dilanda persaan macam tu..sayang + benci..
dan menjadikan insan biasa sukar menerima keadaan ujian dan sebagainya..

and the same time kalaulah Rasulullah tahu kita jadi yang pendendam sedemikian rupa..
mesti Baginda sedih...coz bukan umat sedemikian rupa yang Baginda rindukan....
Sungguh!!! ujian Baginda itu lebih besar dari kita...
mengapa perlu menjadi yang lemah,mandom,pendendam dan sebagainya....

pilihlah Bahgia dalam hidup...
berlapang dada dalam setiap ujian, redha akan ketentuanNya, sabar dalam mengharungi setiap ujian,
sentiasa hidup bersamaNya dan kekasihNya..

Terpilih menjadi khalifah bukanlah pilihan kita...tetapi dipilih dengan penuh kasih sayang ini merupakan anugerah Pencipta yang paling besar..
dan dipilih menjadi umat akhir zaman juga bukanlah pilihan kita..tapi sungguh al-Haq itu tahu di mana tempat yang lebih baik untuk kita diuji...

mungkin kita rasa tertinggal dan rugi..kerana tetinggal ke belakang jauh dek zaman yang lampau
terasa tidak dipilih menjadi golongan awal bersama Rasulullah dalam berjuang..menjadi antara yang syahid di dalam peperangan..seperti Abu Ubaidah, Mus'ab Bin Umair,Sumayyah...

Dan sebenarnya ujian mereka berganda2 lebih hebat dari kita...mengapa lagi perlu menjadi yang lemah andai mereka yang hebat ini mampu harungi dengan steady..

takut,cemburu dan sedih.. bila ada tiga golongan yang akan dibangkitkan kelak...

A007
Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);
A008
aitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?
A009
Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?
A010
Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);
A011
Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),

nak jadi asabiqul na awwalul(golongan awal) dah x sempat..coz dipilih menjadi umat akhir zaman..
nak jadi golongan kanan..terasa banyak sangat amal yang belum tentu ikhlas dan diterima..
dan takut sangat terpilih menjadi golongan kiri..sebab diri ini terlalu lalai dan leka dengan pinjaman nikmatNya..na'uzubillah

jangan rasa RISAU...sebenarnya kita masih ada peluang menjadi umat asabiql na awwalul
tapi dengan bersyaratkan membuang habit cintakan dunia dan mengejar cinta Allah..
inilah syarat yang dilalui oleh para sahabat dan salafulsaleh...
[buku: Jundullah-Said Hawa]
see...sebenarnya kita tak tertinggal ke belakang pun..cuma pilihan kita menjadikan kita tertinggal jauh ke belakang..

nak menjadi yang terpilih lagi terpilih...lalui lah ujian yang hebat ini dengan penuh redha dan sabar seperti salafulsaleh terdahulu..
kata alim ulama':
"sahabat-sahabat nabi itu umpama bintang di langit, pilihlah bintang-bintang itu untuk dijadikan ikutan,kerana mereka adalah hasil didikan Rasulullah pada awal kegemilangan islam dahulu"

Pilihan masih ditangan kita..selagi mana nyawa masih dikandung badan..
but Remind!!! mati juga tidak menunggu kita..

Return in Progress..
Free HTML Blog 4u