tarbiyah & dakwah....

"Tarbiyah bukanlah segala-galanya..tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah"
(Yusuf Al-Qadrawi)

Saturday, January 29, 2011

positiff....positiff.....




setiap deria dan perasaan merupakan fitrah bagi kita sebagai seorang manusia...
geram.....marah....suka...benci....n whatever...

hm...suka ku kongsikan dr warung tarbawi bersama sahabat2 ku,tiap resah,sedih,gembira atau apa sahaja..pasti kami akan kongsikan bersama..utk ingat mengingati antara satu sama lain....

at the YM:
me: Ya Allah geramnya......please giv me strength honey..
wardah: All the strength...turn a back to Allah..it's must about that D guys..
mai...kan ckg. ton da ckp..b'debat dgn org yg jahil akan m'gelapkan hati...
let him go...jgn semak2kn fikirn dgn fikir bnda mcm ni....
kita ni da bnyak lagi Qadhiah islamiyah (p'mslhn umat) yg nk kna settle kan...
me: hm.....btul2....bnyak lagi Qadhiah islamiyah yang perlu difikirkan dan diselesaikan...
jazakillahkhair ya sahibati....kt dh positif....(=

itulah yang selalu ku lakukan if ada masalah...sharing with my friends dan mereka selalu akan cuba utk m'positiff kan aku...ukhuwah yg terjalin di antara kami tidak pernah di lupakan...semakin jauh,semakin dekat kami berkongsi....

hm...teringat mengenai 3 perkara dari Imam Al-Ghazali yg boleh menggelapkan hati:
  • contact yang bukan ajnabi hanya bila keperluan
  • bukan keinginan yang didorong oleh nafsu syahwat
  • semua yang haram wajib ditinggalkan oleh semua orang islam,semua yang makruh seharusnya bagi mereka yang mengakui ingin mencintaiNYA. kerana masakan seorang yang mencintai DIA melakukan perkara yang DIA benci (perkara yg makruh), biarpun DIA kata x b'dosa melakukannya..

Ya Allah....please guide me in ur ways...

Friday, January 28, 2011
















Ya Allah...tergamam...terkejut....
tanpa ku sedari...pipi ku sudah basah dgn butiran kaca...
ku atur langkah ku bersama temanku 'opie'...membawa hati yang penuh hiba..di bilik ICU,R5
di penghuni oleh teman sekelasku Muhammad Fikri Hadi, yang sudah di pastikan oleh doktor bahawa hempedunya sudah pecah dan tidak akan berfungsi lagi, akibat kemalangan 2 hari yg lps...tawa riang, dan gurauannya bersama teman2 ku yg lain..masih terbayang lagi...
tanpa disangaka dan dirancang...semuanya terjadi dr qadarNya

bila tibanya masa...satu saat pun kt x boleh nk elak..

sedikit renungan buatku..
andainya aku di katil ICU...
sama sepertinya...hanya boleh mendengar suara sekeliling...
andainya...di saat itu...aku yg hampir dgn sakaratul maut...
sering ku fikirkan..apakah akan ada sahabt2 yg hadir utk membaca yassin utkku,atau apakah adanya sahabat2 yg akan menyembahyangi jenazahku....
dan amal apa yang aku nk tunjuk kat Allah...terima ke x??

takutnyer...mati ku, dlm ku sendiri memahami sesuatu ilmu..tp xdak pernah sekalipun ku amalkan....

apakah ku akan dicabut dlm keimanan yg btul2 kuat??atau sebaliknya...

Ya Allah..
ampunkanlah kami..atas kekhilafan kami..
berilah kami hidayah dan kekuatan dalam memahami DEENMu (agama mu)..
Ya Allah...
suburkanlah cintaku hanya pada Mu..
tetapkanlah hati kami..wahai Tuhan yg m'bolak balikan hati...
matikanlah kami dalam husnul khatimah...
ameen..


p/s: umul kitab dan doa buat saudara Muhammad Fikri Hadi bin Azreesyam, agar beliau diberi kekuatan



Saturday, January 15, 2011

empty....


Alangkah indahnya...jika jiwa setenang ini...tanpa ada gusar,kekosongan dan kesedihan.....

penerusan dakwah y dlakukn dr zaman Rasulullah hingga shbt, etc... & shbt2 R brterusan mlakukn dkwh dgn pnuh jiddiyah..bkn hanya krn smgt... dkwh xkn dpt bawa jauh klo tnpa keimanan & ktaqwaan...smgt mgkn akn hilang & luntur. tp, keimanan & ketaqwaan...bleh naik turun iman...tp, klo kita betul2 jga...& brdoa kpd-NYA utk mjga iman & taqwa... & insyaAllah DIA akn bntu untk kita brjaya duduk dlm lndsan D&T ni secara brterusan.....(atikah abd razak)

Ya Allah guide me to Ur love.....

NERACA MENILAI SESEORANG



Di dalam Islam, terdapat satu panduan di dalam kita membuat penilaian. Kita diajar untuk menilai seseorang Muslim berdasarkan kebaikan dan kesalahan yang dilakukannya secara adil. Oleh sebab itu, taaruf amat penting agar kita dapat mengenai hati budi dan jatidiri seseorang.Di dalam siri kali ini antara aspek penyebab berlakunya fitnah dalam sesebuah organisasi ialah NERACA MENILAI SESEORANG


Menilai seseorang berdasarkan seluruh hidupnya

Kita hendaklah menilai seseorang itu berdasarkan kepada keseluruhan, bukan berdasarkan satu peristiwa atau sebahagian kecil dari hidupnya. Selalunya, datang seorang yang sangat ghairah tentang ‘amal Islam, banyak bercakap dan mahu melakukan banyak perkara. Anda mengatakan dia seorang yang sangat berpotensi. Anda meninggikan dan cepat-cepat menaikkan tarafnya. Sebaliknya, ada seorang yang pada satu ketika melakukan kesilapan lalu anda terus merendahkannya.

Itu bukanlah satu tindakan yang wajar dalam menilai seseorang. Jalan yang selamat ialah kita menilai seseorang berdasarkan seluruh hidupnya, bagaimanakah ia secara umum. Kemungkinan terdapat satu dua perkara ganjil padanya, tetapi secara umum dia adalah lebih baik, dan itulah yang anda nilaikan. Pada satu masa seseorang boleh berlagak baik, sering ke masjid, bercakap tentang Islam dan dia menjadi pilihan anda. Anda terlupa bahawa sejarahnya terdapat kisah yang berbeza.

Terhadap seorang yang selama ini dalam keadaan yang baik, kemudian melakukan satu kesilapan, janganlah merendahkannya dan mengatakan dia sudah tidak berguna lagi. Lihatlah pada keseluruhan hidupnya, adakah padanya terdapat lebih kebaikan atau keburukan, itulah cara kita menilai.

Muslim terdahulu, apabila menilai seseorang dalam rijal hadith, mereka meninjau seluruh sejarah hidupnya. Hadithnya diterima atau tidak berdasarkan keseluruhan hidupnya.

Dalam sirah berlaku di mana golongan munafiqin menuduh Sayyidatina ‘Aisyah r.a. melakukan zina. Peristiwa itu bermula setelah tamatnya sebuah peperangan. ‘Aisyah duduk di dalam khemah bersama-sama rombongan. Satu masa ‘Aisyah pergi buang air kecil dan rantainya terjatuh. Sedang beliau cuba untuk mencarinya, rombongan Rasulullah itu tidak menyedari ketiadaan ‘Aisyah lalu berangkat pulang ke Madinah. Rasulullah SAW biasanya menyuruh seorang sahabat tinggal di belakang untuk memastikan tiada lagi yang tercicir. Kali ini sahabat yang bertugas ialah Safwan. Sedang dia mencari-cari apa-apa yang mungkin tertinggal, dia bertemu dengan ‘Aisyah. Lalu dia membenarkan ‘Aisyah naik untanya dan dia sendiri berjalan di hadapan.

Apabila mereka tiba di Madinah, golongan munafiqin menyebarkan fitnah bahawa ‘Aisyah tinggal di belakang bersama Safwan dan melakukan perbuatan sumbang. Beberapa orang Islam sendiri turut mengulang tuduhan orang munafiq itu seperti Mistah dan Hassan bin Tsabit, penyair yang terkenal itu. Hassan biasa menghasilkan syair yang sangat baik dalam mempertahankan Islam atau menentang kufur. Dia telah berperanan dalam masyarakat yang memberi nilai yang tinggi pada syair. Syair sangat berpengaruh hingga dapat mengubah satu-satu keadaan.

Hassan sangat berpengaruh tetapi terjebak dalam satu kesilapan, iaitu mengulang tuduhan yang dibuat oleh munafiqin. Tuduhan yang palsu seperti ini dalam Islam adalah satu dosa yang besar dan dihukum 100 kali sebatan. Setelah sekian waktu berlalu, turun ayat Al Quran mengatakan ‘Aisyah tidak berdosa. Rasulullah SAW menghukum mereka yang telah menuduh ‘Aisyah termasuk Hassan.

Satu ketika anak saudara ‘Aisyah, ‘Urwah bin Zubair Al Awwam, telah berkata mengenai Hassan dan melahirkan rasa marahnya. Tetapi ‘Aisyah sendiri menjawab:

“Anak saudaraku, biarkanlah dia. Dia pernah membela Rasulullah dengan syairnya.”

Begitulah cara ‘Aisyah melihat pada Hassan. Keseluruhan hidupnya adalah mulia, tetapi satu ketika dia melakukan kesilapan, namun itu bukan alasan untuk merendahkannya. ‘Aisyah telah membela Hassan ketika dia dicemuh oleh anak saudaranya.

Sekiranya ada seorang saudara kita yang telah melakukan jihad yang baik pada Islam tetapi kemudian melakukan beberapa kesilapan. Anda tidak terus menolak dan merendahkannya. Maafkanlah dia atas kesilapan itu berdasarkan sejarah hidupnya. Kemudian datang pula seseorang dan anda tahu bahawa seluruh sejarahnya mengandungi keburukan. Tunggulah sehingga dia benar-benar baik sebelum memberi jawatan dan meletakkannya hampir pada anda.

Kesimpulan
Di dalam organisasi, kita ada kayu ukur untuk menilai. Kesilapan kita di dalam menilai akan merosakkan organisasi seluruhnya.

Wednesday, January 12, 2011

Bersemangatlah!!!


sedikit coretan untuk dikongsi.....

semangat!!!semangat!!!
program "kenali Diri"
mc hanum:"ana tak pernah hilang semangat, walaupun peserta tak ramai...yg penting program kita terbaik..."

hatiku tersentap sebentar dgn kata-kata mc hanum, walaupun kata-katanya bukan dituju untukku
tapi hatiku tersentuh dgn kata-katanya...

konteks semangat ini...sering kali hilang dalam kamus hidupku..mudah sekali luntur dalam kerja D n T...

tarbiyah boleh berlaku bila2 masa sahaja seandainye..iman dan hati kita peka..
ku kongsi dgn sahibahku..mengenai statment "semangat"
fatimah: hm....km pun terasa sarah..semangatlah yg menggerakkan kita utk kuat...
mcm ampa..dhla sorg2 kat kolj..xde shbh yg dekat pun..mcm km ni da ja shbh tp x
b'grak pun..dhla dkat ngan m3..tp km x b'ksmptan p ijtima'am pun..
me: hm...tmah gunalah peluang yg da ni...i.allah Allah dh susun yg t'baik utk kt...even km sorg2 kat kolj, hlqh mgguan x konsitn,sahbh2 xde...km rase Allah bnyk bantu km...tp mmg susah sngt nk konsitn tambh2 kalo ade peluang pun bnyk bnda yg kt x hargai...

teringat pulak time sblm msk klj...
me:ustzh...takutla ana sorg2 je kat kolj..xde shbh yg da...
ustzh khairol: anti ni....jglah tkut..even anti sorg2, Allah kn ada..kalo xde hlkh,anti buatla hlkh...
anti jgn ingat ...bl kt dok zon selamat...iman kt x teruji...

hm.....Ya Allah kuatkanlh semangatku...dlm meneruskn p'jungn Mu ini....
"Allahumma musrifal qulub, sarrif qulubana 'ala tho'athiq"
Ya Allah,zat yg memalingkan hati, palingkanlah hati kami pada ketaatan kepada-Mu...
Free HTML Blog 4u